Resipi Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

3 8 1 1 - Resipi Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

Akhir thn ini pastinya pelbagai jamuan diadakan. Jika tema potluck ditetapkan, kadangkala terasa buntu apa yg mahu dibawa sbg hidangan. Menu berikut blh bantu anda, selain ringkas namun menyelerakan.

BERGEDEL IKAN 

BAHAN-BAHAN:

500gm isi ikan tuna

4 biji kentang |rebus dan dilecek

1 biji lemon |ambil parutan kulitnya

1 biji telur |pukul sedikit

Sedikit daun ketumbar |hiris

1 tangkai daun bawang |hiris

1 sudu teh serbuk lada hitam

Sedikit serbuk roti

Garam secukup rasa

Minyak utk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan isi ikan bersama kentang, parutan kulit lemon, daun ketumbar, daun bawang, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  2. Bentukkan bulat dan dileperkan mengikut saiz yg diingini. Ulangi sehingga selesai.
  3. Celup ke dlm telur dan kemudian gaulkan bersama serbuk roti dan digoreng dgn sedikit minyak sehingga warna perang keemasan.
  4. Siap utk dihidang.

Info Chef:- Isi ikan blh digantikan dgn ikan yg lain seperti isi ikan merah, salmon dan lain-lain yg memberikan rasanya yg tersendiri.

Saiz hidangan: 5-6 orang

Waktu memasak : 1 jam 20 minit

Jenis Hidangan:  Lauk pauk

Keistimewaan: Hidang enak dan lebih sihat

Cara memasak: Rebus dan goreng

Anggaran kos : RM20.50

4 6 1 - Resipi Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

BEEF WELLINGTON  

BAHAN-BAHAN:

500gm daging |bahagian tulang belakang

2-3 helai daun kubis Cina |distim

2 ½ keping roti canai segera

300gm cendawan Portobello |kisar kering

1 biji telur |pukul

Sedikit English mustard

Sedikit serbuk lada hitam

Garam secukupnya

Minyak zaitun secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Lumur daging bersama garam dan lada hitam. Ketepikan.
  2. Tuang sedikit minyak zaitun ke dlm kuali leper dan pastikan minyak betul-betul panas barulah digoreng sedikit daging tersebut. Tujuan adalah utk memerangkap jus daging drpada keluar. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yg lain, goreng cendawan tanpa minyak sehingga air cendawan agak kering.
  4. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
  5. Setelah itu letakkan daun kubis cina di atas plastik pembungkus kemudian ratakan cendawan tadi di atas daun kubis cina tersebut.  Letakkan daging di tengah serta dibungkus kemas dan bekukan sebentar selama 30 minit.
  6. Setelah itu, keluarkan dan bungkus sekali lagi daging tadi bersama roti canai segera  untuk dijadikan kulit luar sehingga kemas dan disapukan sedikit telur di permukaan roti tersebut.
  7. Bakar di dlm oven dgn menggunakan api atas selama 30 minit sehingga kulit berwarna perang keemasan pd suhu 180C.

Info Chef:- Blh gunakan pastri sbg kulit luar.

Saiz hidangan: 5-6 orang

Waktu memasak : 1 jam 30 minit

Jenis Hidangan:  Lauk pauk

Keistimewaan: Terasa tekstur daging ketika mengunyah

Cara memasak: Goreng dan bakar

Anggaran kos : RM50

2 9 1 - Resipi Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

BEEF MINCED ON LETTUCE CUP 

BAHAN-BAHAN:

500gm daging cincang

2.55cm halia

1 labu bawang besar

1 biji lemon diambil jus serta parutan kulit lemon

4 ulas bawang putih

2 tangkai daun bawang dihiris halus

2 tangkai cili merah

2-3 sudu teh sos ikan

2 sudu sos cili Thai

Daun salad secukupnya

Sedikit daun ketumbar

Minyak utk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Goreng daging kisar bersama sedikit minyak sehingga agak garing dan daging berwarna agak perang dan diangkat. Ketepikan.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah di dlm pengisar kering atau dihiris halus kesemua bahan tersebut.
  3. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan di dlm kuali yg sama yg menggoreng daging tadi. Apabila bahan tumis telah layu dan berbau wangi, masukkan kembali daging yg telah digoreng tadi.  Kemudian masukkan sos ikan, sos cili Thai cili, jus lemon, parutan kulit lemon, daun bawang dan daun ketumbar. Gaul sebati sehingga daging agak garing. Tutupkan api. Angkat.
  4. Untuk menghidang, letakkan daging di atas sehelai daun salad.
  5. Sedia dinikmati.

Info chef: Blh dihidangkan bersama sos cili Thai.

Saiz hidangan: 6-8 orang

Waktu memasak : 1 jam

Jenis Hidangan:  Lauk pauk

Keistimewaan: Hidang enak dan lebih sihat

Cara memasak: Goreng

Anggaran kos : RM20.50

1 8 1 - Resipi Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

EGG STUFFED 

BAHAN-BAHAN:

6 biji telur |rebus

3 helai daun bawang |hiris kecil

2 ulas bawang putih |cincang halus

2 sudu mkn mayones

1 sudu teh Dijon mustard

2 sudu teh cuka epal

2 sudu teh ‘chilli flakes’

Garam secukup rasa

Sedikit hirisan daun parsli

CARA MEMASAK:

  1. Telur rebus dikupas dan dibelah dua. Keluarkan bahagian kuning telur dan masukkan di dlm satu mangkuk berasingan. Ketepikan telur putih.
  2. Di dlm mangkuk, lecek kuning telur sehingga hancur. Kemudian masukkan mayones, Dijon mustard, cuka epal, ‘chilli flakes’, bawang putih dan garam secukup rasa. Gaulkan sebati.
  3. Kemudian masukkan ke dlm beg paip dan paipkan isi telur tadi ke dlm putih telur rebus sehingga penuh.
  4. Tabur sedikit hirisan daun parsli dan sedia utk dihidang.

Info Chef: Blh gunakan cuka biasa menggantikan cuka epal.

Saiz hidangan: 3-4 orang

Waktu memasak : 40 minit

Jenis Hidangan:  Lauk pauk

Keistimewaan: Hidang enak dan lebih sihat

Cara memasak: Kukus dan tumis

Anggaran kos : RM20.00

3 8 2 - Resipi Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

AYAM LEMON 

BAHAN-BAHAN:

6 ketul paha ayam

2 biji lemon

3 sudu mkn madu

2 sudu teh Rosemary kering

½ sudu teh serbuk lada hitam

2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk

3 sudu mkn minyak zaitun

Garam secukup rasa

Sedikit mentega

CARA MEMASAK:

  1. Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
  2. Bancuh minyak zaitun  bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dr sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu mkn bancuhan tersebut utk dibuat sapuan pd ayam.  Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
  3. Masukkan ayam di dlm mangkuk kaserol yg telah diletakkan sedikit mentega cair.  Bakar pd suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pd setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
  4. Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pd oven masing-masing. Hiaslah dgn kepingan lemon dan siap utk dihidang.

Info Chef: Blh guna mana-mana bahagian ayam.

Saiz hidangan: 3-4 orang

Waktu memasak : 3 jam

Jenis Hidangan:  Lauk pauk

Keistimewaan: Enak dan ada rasa masam

Cara memasak: Bakar

Anggaran kos : RM40.00

5 4 1 - Resipi Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

PASTA SPIRAL SALAD  

BAHAN-BAHAN:

500gm pasta spiral |rebus

1 keping dada ayam

300 kubis ungu |hiris halus

1 labu bawang besar |hiris halus

1 batang lobak merah |hiris ‘julian’

1 batang timun jepun yg |hiris nipis

1 biji cili Benggala merah

5 biji tomato ceri

3 sudu besar minyak zaitun

1 biji lemon

4 sudu mkn madu

½ sudu teh rempah Oregano kering

Sedikit serbuk mix spice

Garam secukup rasa

Serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Perap ayam bersama serbuk mix spice, dua sudu mkn madu, garam dan serbuk lada hitam selama 1 jam. Kemudian  bakar menggunakan pan pemanggang. Sejukkan sebentar dan dihiris kecil-kecil. Ketepikan.
  2. Kulit cili Benggala hendaklah dibuang dgn membakarnya dgn menggunakan api dapur sehingga hangus. Setelah itu hendaklah direndam di dlm air sejuk dan dibasuh sehingga bersih. Biji cili hendaklah dibuang. Hiris agak nipis. Ketepikan.
  3. Untuk membuat dressingsalad; bancuh minyak zaitun, lebihan madu, rempah Oregano, jus lemon, parutan kulit limau dr sebiji lemon, garam dan serbuk lada hitam sehingga sebati.
  4. Untuk menghidang, di dlm mangkuk salad campurkan pasta, isi ayam, kubis ungu yg telah dihiris kecil-kecil, lobak merah, timun, tomato ceri, cili Benggala, hirisan bawang, dan sos salad tadi. Gaul sebati.
  5. Siap utk dihidangkan.

Info Chef: Blh tambah sayuran lain jika suka.

Saiz hidangan: 4-5 orang

Waktu memasak : 40 minit

Jenis Hidangan:  Pasta

Keistimewaan: Hidang enak dan sihat

Cara memasak: Bakar

Anggaran kos : RM40.00

6 3 1 - Resipi Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

BEBOLA DAGING DENGAN SOS TOMATO  

BAHAN-BAHAN:

500gm daging cincang

1 tin tomato puri

3 keping roti sandwic yg dihancurkan

3 biji tomato |potong dadu

4 biji bawang besar |potong dadu dan dibahagi dua

8 ulas bawang putih |cincang dan dibahagi dua

5 tangkai daun parsli |cincang halus dan dibahagikan dua

1 sudu teh serbuk paprika

2 sudu teh serbuk lada hitam

2 sudu teh gula

1 sudu teh serbuk pati ayam

1 biji telur dipukul sedikit

Garam secukup rasa

Sedikit serbuk roti

Sedikit air

Minyak  zaitun/sayuran utk menggoreng

CARA-CARA MEMASAK:

1.Gaulkan separuh drpada bawang besar, bawang putih dan daun parsli bersama daging cincang, roti, serbuk paprika, lada hitam dan garam secukup rasa.

2.Bentukkan bulat, celup ke dlm telur dan gaul bersama serbuk roti.

3.Panaskan minyak di dlm kuali dan goreng sehingga agak garing baru dibalikkan daging tersebut. Angkat. Ketepikan.

4.Keluarkan minyak di dlm kuali tinggalkan sedikit utk menumis.  Tumiskan lebihan bawang besar, bawang putih, parsli sehingga wangi.

5.Kemudian masukkan buah tomato dan tomato puri, masak sebentar sehingga pecah minyak. Masukkan garam, serbuk lada hitam, gula dan serbuk pati ayam serta sedikit air. Masaklah sehingga kuah agak pekat dan pecah minyak.

6.Untuk menghidang, curahkan sos tomato tadi di atas bebola daging tadi. Blh cucukkan lidi utk memudahkan dimakan dan kelihatan lebih menarik.

Info chef: blh gunakan serbuk cili menggantikan serbuk paprika.

Saiz hidangan: 6-8 orang

Waktu memasak: 40 minit

Jenis hidangan : Barat

Keistimewaan : Rasa masam manis dan pedas sos

Jenis masakan : Lauk pauk

Cara memasak : Goreng

Anggaran kos: RM30.00

7 3 - Resipi Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

Resipi: Nur Adlina Badarudin, Putrajaya, Selangor

Komen anda

Loading...

Tags: #Disukai #Potluck #Ramai #Resipi #Ringkas

author
Author: 
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a
    MEE GORENG
    My take on making Mee Goreng . If you enjoy, give it a
    Cara Masak Yang Unik
    Cara Masak Yang Unik Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Membongkar resep gorengan tempe krispy abang-abang
    Gorengan tempe krispy bener-bener garing tahan lama renyahnya tanpa menggunakan plastik hanya mengandalkan

    Leave a reply "Resipi Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai"