RESIPI PECEL UDANG DAUN PEGAGA

44559091970 0b8738115f 1 - RESIPI PECEL UDANG DAUN PEGAGA
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat saja nak test bikin pecel udang. Ada baki udang galah yg che mat masak dgn nanas tu ari. Nak masak sweet sour, dah ada ikan bawal masak kicap pulak. Puas fikir nak masak apa lah dgn si udang ni, jadi marilah kita cuba bikin pecel, campur pulak daun pegaga, dah macam pegaga masak lemak jadinya. Tak sangka sedap kau! Dgn lemak2 pahit daun pegaga tu, harum bau cekur (tapi sayang daun cekur che mat takde, guna ubi cekur saja….huhu). Resipi senang, sebab tak banyak guna bahan2, tapi yg penting mesti ada cekur atau orang Indonesia panggil kencur. Kalau dapat gunakan daun dia sekali, baru lagi sedap. Utk rasa yg lebih menyengat, jangan lupa masukkan cilipadi, guna cili padi kampung yg hijau tu. Kalau suka pedas guna lebih, kalau tak suka jangan taruk banyak2. Che mat gunakan santan kotak saja, entah macam malas pulak nak kupas dan parut kelapa, sejak2 tua ni nak masak macam dulu pun mood dah kurang, maklumlah usia dan nak masuk ke era warga emas….Ok, meh che mat kongsikan resipi di bawah ini. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHANNYA 🙂
10 ekor udang galah saiz sederhana
Pegaga secukupnya, che mat beli dlm RM 2.00
1 kotak, 200 ml santan ‘KARA’*
1/2 cawan air panas*(*disatukan dan kacau rata)
3 helai daun cekur, hiris halus (tak taruk sebab takde)
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS 🙂
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Isi cekur sebesar 2 ibu jari orang dewasa
20 biji cili padi kampung, yg hijau

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Daun pegaga direndam, cuci bersih dan toskan sehingga kering. Buang akarnya, jika terlalu panjang, kerat daun pegaga tadi. Udang dicuci bersih, gunting muncung tajam dan janggut udang. Buang kotoran di bahagian kepala udang. Cuci kembali dan toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan2 tumbuk ke dlm periuk bersama asam gelugor. masukkan air anggaran 1 cawan. Kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan udang, masak sehingga udang berubah warna. Tambah daun pegaga, kacau perlahan dan masak sehingga daun pegaga lembut.
  3. Tuang santan, kacau dan perasakan dgn garam secukupnya dan sedikit gula. Biarkan mendidih 3 – 4 minit sambil dikacau sentiasa. Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur, jika guna. Rasa dan jika ok blh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain…hmmmm sedappp wakkk!

Loading...

Tags: #daun #PECEL #PEGAGA #Resipi #UDANG

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "RESIPI PECEL UDANG DAUN PEGAGA"