RESIPI PECAL SAYUR – PENGUBAT RINDU

Loading...

rsz_psmg
Assalammualaikum, selamat bertemu kembali setelah 3 bulan lebih che mat tak bersiaran di blog atas sebab kesihatan tak mengizinkan. Buat masa sekarang ni pun che mat masih dlm proses berehat atas nasihat doktor, tapi kita ni dah biasa bikin kerja rumah, asyik nak berehat saja, rasa macam lemas, macam nak mati ajer..Apa2 pun segala tugasan che mat buat dlm keadaan sederhana tak blh nak mengganas sangat. Dan utk melepas rindu, hari ni che mat bikin pecal atau pecel. Sebelum ni pun memang ada masak2, cuma nak ngambik gambo tu tak berapa nak larat. Pecal satu hidangan sihat seperti rojak sayur dan ia berasal dr Jawa. Biasanya kuah pecal ditambah cekur atau di Indonesia dipanggil kencur. Ini yg membezakan antara kuah pecal, kuah rojak (rojak petis) dan kuah gado-gado (kalau kuah gado2, ianya dimasak dan dicampur daun limau purut).

rsz_psmg2

Pada che mat bahan2 sayur utk hidangan pecal bergantung pd apa yg kita suka, blh guna yg asas seperti kangkung, tauhu, tempe dan timun atau kalau nak lebih meriah, blh ditambah taugeh, kacang panjang, pucuk ubi rebus, kobis yg dicelur dan sengkuang. Kalau yg betul2 ori, taugeh biasanya dibuat sendiri menggunakan kacang hijau dan bersaiz pendek atau taugeh kontot. Kuah pecal bergantung pd selera masing2, ada yg suka pedas dan ada yg suka kurang pedas. Kuahnya blh dibuat lebih dan simpan dlm peti sejuk, atau nak lebih tahan lama, blh dibekukan dlm freezer. Bila nak guna, bancuh dgn air panas dan hidangkan dgn sayur2 kegemaran anda. Sesuai juga utk hidangan bulan Ramadan yg hampir tiba nanti….Resipi che mat kongsikan di bawah ini…

BAHAN-BAHAN KUAH PECAL 🙂
1 1/2 cawan kacang tanah, cuci dan toskan
10 tangkai cili kering, lap bersih dgn tissue dapur
10 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
7 – 8 biji cili padi siam (warna merah)
2 camca besar hirisan gula melaka
1 inci belacan
2 inci isi cekur
1/2 cawan jus asam jawa (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
Air panas secukupnya

BAHAN-BAHAN PECAL 🙂
4 – 5 tangkai kacang panjang
1 biji kecil sengkuang
1 biji timun
Taugeh, secukupnya
Tauhu secukupnya
1 cekak kangkung
1 cekak pucuk ubi
4 keping tempe berbungkus daun

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. UNTUK KUAH PECAL:- Kacang tanah digoreng dlm minyak sehingga keperangan, angkat, toskan dan tumbuk halus (atau dikisar) dan alih ke dlm mangkuk. Goreng cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan dan cili padi secara berasingan. Angkat dan toskan dan tumbuk halus, masukkan gula melaka dan cekur, tumbuk biar semua lumat. Masukkan ke dlm mangkuk berisi kacang tumbuk tadi, gaul rata.Tambah jus asam jawa secukupnya, masukkan air panas dan kacau sehingga mendapat kuah pecal yg tidak terlalu pekat atau cair. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Ketepikan.
  2. UNTUK BAHAN-BAHAN PECAL :- Tauhu dan tempe digoreng sehingga kekuningan, angkat, toskan dan potong kecil. Panaskan air dlm periuk, masukkan sedikit garam dan 1/2 camca teh minyak mkn. Celur kacang panjang sehingga lembut, angkat dan toskan. Celur pula kangkung, jangan lama2 sekejap saja, angkat dan toskan dan akhir sekali masukkan pucuk ubi, dan rebus sehingga pucuk ubi betul2 lembut. Toskan, perah airnya dan potong kecil. Taugeh pula dibersihkan dan taruk dlm tapis, kemudian siram dgn air panas mendidih, toskan. Timun dan sengkuang dihiris kecil. Ketepikan.
  3. UNTUK PENYEDIAAN PECAL SAYUR :- Dlm pinggan atau piring yg sesuai, ambil serba sedikit bahan-bahan pecal dan tarukkan ke dlmnya. Kemudian tuangkan kuah pecal secukupnya. Sebelum mkn, gaul sayur-sayuran serta tauhu dan tempe mesra dgn kuahnya. Pecal sayur sedia utk dimakan. Selamat mencuba!!
Loading...

Tags: #PECAL #PENGUBAT #Resipi #rindu #Sayur

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI PECAL SAYUR – PENGUBAT RINDU"