Resipi Meletop – Cara Buat Puding Biskut Marie Sangat Sedap

Loading...

Untitled design 2 5 1 - Resipi Meletop – Cara Buat Puding Biskut Marie Sangat Sedap

Bagi penggemar puding dan coklat, resipi Puding Biskut Marie perkongsian saudari Nurul Haziqah ni antara yg blh dicuba. Rasa sedap malah bahan-bahan sangat ringkas serta cara pembuatannya juga mudah. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.

RESIPI PUDING BISKUT MARIE

BAHAN-BAHAN:

  • Biskut marie perisa original
  • 10gm serbuk agar-agar ( empunya resipi guna cap bunga raya)

  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu segar @ susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis – kalau tak nak manis, guna 1/4 cawan
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 120gm mentega – blh juga guna marjerin
  • 3 sudu mkn serbuk koko
  • 12 sudu mkn milo
  • 1/2 cawan air panas

CARA MEMASAK:
1. Satukan susu segar, susu pekat manis, telur dan tepung kastard. Pukul atau kisar sehingga sebati.


2. Dlm bekas berlainan, bancuh serbuk koko dan milo bersama dgn 1/2 cawan air panas. Kacau sebati.
3. Masak serbuk agar-agar dgn 2 1/2 cawan air sehingga larut. Tapis.
4. Masukkan semula adunan agar-agar tadi ke dlm periuk bersama mentega. Kacau sehingga mentega cair.
5. Masukkan bahan-bahan yg dikisar tadi diikuti bancuhan milo. Masak menggunakan api kecil sehingga pekat dan adunan kelihatan meletup-letup. Pdmkan api.
6. Utk melapis puding, oles loyang dgn sedikit minyak dan lapik menggunakan plastik.
7. Tuang sedikit adunan ke dlm loyang. Ratakan dan nipiskan.
8. Susun biskut marie diatas adunan tadi. Kemudian tuang adunan puding sekali lagi.

54233868 585160871895638 7700595148744294400 n - Resipi Meletop – Cara Buat Puding Biskut Marie Sangat Sedap
9. Ulang langkah yg sama sehingga habis adunan puding.
10. Sejukkan puding serta biarkan mengeras sebelum dipotong dan dinikmati.

53067837 585160841895641 1625763722762911744 n - Resipi Meletop – Cara Buat Puding Biskut Marie Sangat Sedap

Kredit resipi & foto: Nur Haziqah @ #nuhazkitchen

Loading...

Tags: #Biskut #Buat #Cara #Marie #MeleTOP #Puding #Resipi #sangat #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Resipi Meletop – Cara Buat Puding Biskut Marie Sangat Sedap"