RESIPI MASAK LEMAK UDANG NANAS

Loading...

rsz uglh 1 - RESIPI MASAK LEMAK UDANG NANAS
Assalammualaikum, selamat thn baru 2019, rasanya masih ok kan che mat ucap selamat thn baru. Masa utk che mat berblog agak terbatas sekarang ni, tapi kalau ada masa, in sha Allah, pasti blog akan terisi dgn resipi, tak kesah lah resipi baru atau resipi ulang tayang. Hari ni che mat masak lemaku udang sama nanas atau nenas. Kali ni guna udang galah yg tengah musim sekarang ni. Che mat guna dlm 500 gram macam tu. Saiz udang campur2, ada besar, ada kecik. Che mat lagi suka udang besar macam ni, kalau yg besar2 sangat isi dia liat tapi otak dia banyak, yg tu paling sedap sekali. Perancangan asal nak masak dgn rebung, tapi ada permintaan masak dgn nanas, jadi kita on ajer lah kan, kata orang Johor, yea dak. Tiba2 teringat arwah Bak (al-fatihah), Bak suka udang galah masak macam ni selain dimasak lemak sama timun. Dan arwah sendiri masa sihat dulu kerap memancing, dan  ada masa dapat udang galah besar2 (biasanya kalau yg besar kita panggil ‘jongkong’). Tapi sejak arwah kena gaout, takde dah hidangan udang galah lagi…huhu. 

rsz uglh1 - RESIPI MASAK LEMAK UDANG NANAS
Satu lagi, udang galah kalau kita nak masak, kenalah buang dulu kotoran di bahagian kepalanya, faham2 ajer lah kan, kalau jenis udang galah yg dipancing, dia orang guna umpan cacing….ehemm. Cara nak buang kotoran tu tak susah, che mat ada kongsikan dlm gambar diatas tu. Bahagian kaki udang yg kecil2 blh dibuang atau tak buang pun ok. Sebenarnya che mat lagi suka kaki2 kecik tu dibuang, macam semak samun ajer rupanya bila masak dlm piuk. Kalaut takde udang galah, blh guna udang biasa tapi kalau ada budget gunalah udang yg saiz besar, baru puas mkn. Ketam pun blh kalau kita nak masak macam ni, resipi sama, cuma udang kita gantikan dgn ketam. Meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini…

BAHAN-BAHANNYA 🙂
500 gram udang galah
1 biji nanas madu
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 kotak santan Kara (200 ml) *
1/4 cawan air panas*(*disatukan dan kacau rata)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 🙂
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 biji cili merah
20 biji cili padi kampung
1/2 inci belacan
3 keping hirisan nanas

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Udang galah dicuci bersih, gunting bahagian muncung udang yg tajam dan berhati2 gunakan hujung pisau kecil, korek keluar kotoran yg terdapat dibahagian kepala udang dan buang (boleh rujuk gambar di atas), cuci kembali dan toskan. Nanas dikupas, belah empat dan buang empulurnya dan hiris sederhana tebal, ketepikan.
  2. Masukkan nanas, serai dan asam gelugor ke dlm periuk. Gaul rata dan tuang air sehingga nanas tenggeram. Masak sehingga mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, jika guna. Masak sekejap dan masukkan udang, kacau perlahan dan masak sehingga udang berubah warna. 
  3. Tuang santan. Kacau perlahan, tambah daun kunyit dan perasakan dgn garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dgn api kecil sehingga mendidih dan kacau sentiasa agar tidak pecah santan. Biarkan mendidih utk 2 – 3 minit lagi, rasa dan jika ok blh matikan api. Hidangkan dgn nasi panas dan lauk2 lain. Selamat mencuba!!

Loading...

Tags: #Lemak #Masak #Nanas #Resipi #UDANG

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI MASAK LEMAK UDANG NANAS"