RESIPI LONTONG GORENG

rsz_kggp
Assalammualaikum, selamat pagi!..Jarang2 betul dapat update resipi belah pagi macam ni. Di sebabkan ni ari che mat akan berada diluar kawasan sekejap, jadi secepat kilat kita update blog dulu sebelum pergi. Pagi2 ni marilah kita bersarapan lontong goreng. Ni saja cara nak menghabiskan belen ketupat yg dah mula kejung dlm peti sejuk. Baki dlm 8 ketul macam tu (ke 9 ketul eks?..hurmm), banyak juga bila dah dicampur dgn rencah2 dan sayur2an (che mat guna taughe dan sayur kailan, tu pun sebab nak habiskan stok dlm peti sejuk). Lontong goreng ni takde undang2 yg harus awak2 kena ikut, kau lebur ajerlah apa yg kau suka. Nak rencah udang, daging atau ayam semua blh. Kalau nak sekalu harungkan udang, ayam dan daging pun tak kesah. Suka pedas? Tak jadi hal, henyakkan cili padi atau lebihkan cili kisar. Kan kita yg buat dia, betul tak, apa yg che mat kongsikan hanya idea, selebihnya pandai2 lah ikut selera masing2. Selain utk sarapan pagi, sesuai juga utk minum petang…Meh kita tengok resipi dia, memang mudah sangat…jommm

BAHAN-BAHANNYA 🙂
8 – 9 biji ketupat segera yg telah direbus
1 genggam longgar taugeh, cuci dan toskan
4 – 5 pokok baby kailan, cuci dan potong kecil
1 keping dada ayam, hiris kecil, cuci dan toskan*
1/2 camca teh lada sulah*
1 camca besar kicap lemak manis Jalen*
1/2 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah kecil, hiris halus
1/4 bahagian trafficlight capsicum. potong dadu (optinal)
1/2 camca besar rempah kari daging (baba’s)
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 camca besar kicap pekat Jalen
1 camca teh gula
Kicap cair secukup rasa
2 biji telur, dipukul sedikit
1/4 cawan air
Hirisan daun bawang, utk hiasan
Bawang goreng, utk hiasan
Hirisan cili merah, utk hiasan

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Ketupat dipotong kiub (che mat potong 6 setiap 1 biji ketupat), ketepikan. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing dan naik minyak. Tambah rempah kari, kacau rata dan masukkan isi ayam yg diperap tadi, masak sehingga isi ayam berubah warna. 
  2. Masukkan sos tiram, sos cili dan gula. Kacau rata dan tambah air, biarkan mendidih. Masukkan kailan, kacau rata dan masak sehingga kailan lembut. Blh masukkan ketupat, traffic light capsicum dan kicap pekat, gaul sehingga semua rata. Tolakkan ketupat ke tepi kuali, tuang sedikit minyak masak dan masukkan telur, masak sehingga telur kental dan hancurkan. Gaul rata dgn ketupat tadi.
  3. Tambah kicap cair secukup rasa dan akhir sekali masukkan taugeh, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok blh matikan api. Tabur dgn hirisan daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas, selamat mencuba!!
Loading...

Tags: #GORENG #LONTONG #Resipi

author
Author: 
    Cara Membuat Bihun Goreng – How To Make Indonesian Style Fried Rice Vermicelli II Cook Like Kayka
    cook like kayka, bihun goreng, how to prepare bihun goreng sederhana, Indonesian style
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a
    MEE GORENG
    My take on making Mee Goreng . If you enjoy, give it a
    Cara Masak Yang Unik
    Cara Masak Yang Unik Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "RESIPI LONTONG GORENG"