Resipi Laksa Siam Merecik Rasa

untitled design 2019 04 08t183132.547 08 15 260795 1 - Resipi Laksa Siam Merecik Rasa

Sedapnya kalau dpt mkn mknan yg simple seperti laksa siam. Rasa pedas dan berlemak memberi nikmat rasa yg tidak terkata. Korang yg belum tahu penangan kesedapan laksa ini blh cuba membuatnya.

Bahan-bahan
• 1 paket laksa kering (jenis yg paling halus) / laksa siam
• 1 kg ikan kembung / selayang
• 2 sudu cabai giling
• 2-3 tangkai daun pudina
• 2-3 helai daun limau purut
• 1 kotak santan 200ml
• Air secukupnya
• 10 biji cili padi merah* (boleh adjust ikut kepedasan)🔥🔥🔥
• 10 biji bawang merah* (bawang ros lagi sedap)
• 1 labu bawang putih* (kalau besaq ambik 1/2 labu ja)
• 4 batang serai* (2 blend, 2 diketuk)
• 2 inci lengkuas*
• 2 inci halia*
• 2 inci kunyit*
• Belacan*

Nota: Bahan bertanda * tu utk blend.

Bahan Ulaman
• Limau kasturi
• Daun pudina
• Daun salad
• Taugeh
• Timun
• Daun samak /pucuk janggus / daun selasih (kalau ada)

CARA-CARA

1. Rebus Ikan
Mula-mula, rebus 1 kg ikan kembung / selayang tadi. Bila agak-agak dah masak, biaq sejuk sikit, asingkan isi drpada tulang.
Kalau tak mau kuah jadi warna gelap, jangan ambik air tulang ikan tau. Nanti jenuh nak tambah serbuk kunyit bg kuah jadi kaler kuning. Tapi Cik Dinda derhaka. Bubuh jugak air tulang ikan tu. Tapi skit ja lah, tak byk pun 😁

2. Kisar Bahan Tumisan
Lepas tu blend bahan-bahan yg bertanda * tadi dan tumis dlm minyak yg panas dgn cabai giling. Kacau sampai naik bau. Cabai giling tu kena betoi-betoi masak.

3. Masukkan Isi Ikan
Bila bahan tumis tadi dah pecah minyak, masukkan isi ikan yg kita asingkan awai tadi. Pastu, masukkan serai yg diketuk dan kacau sampai mesra.

4. Masukkan Santan
Masukkan santan dan kacau sekejap. Lps itu blh masukkan air secukupnya. Agak-agaklah supaya nanti kuah tak terlalu pekat atau terlalu cair. Perasakan dgn garam dan gula.

5. Tambahkan Daun Pudina & Daun Limau Purut
Last but not least, (fuhhh cakap omputih pulak 😆), utk memberi aroma laksa yg lebih kaww, masukkan daun pudina dan dan limau purut.
Masak sampai mendidih sambil kacau.

Ingatttt, kena kacau selalu supaya kuah tu nanti tak berketoi-ketoi. Tunggu sampai mendidih dan kemudian blh laa tutup api.

6. Lengkapkan Hidangan Dgn Ulaman
Sediakan bahan ulaman setakat yg ada dan sedia utk dimakan dgn laksa yg dah pun direbus sampai empuk.

kredit: dinda jiwa al hadi


Loading...

Tags: #Laksa #Merecik #Rasa #Resipi #Siam

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.