RESIPI LAKSA ASAM

rsz_lacm
Assalammualaikum, salam semua dan masih tak terlambat che mat nak ucapkan selamat thn baru 2018. Masa pantas betulkan bila kita berada di akhir zaman ni, tau2 dah thn 2018, ibarat mimpi ajer. Ini entri pertama che mat utk thn baru. Biasanya kalau resipi yg dah kerap taruk kat blog, che mat akan kongsikan saja di FB dan IG. Hari ni bikin laksa asam. Dari semalam dah mengidam sangat2 nak laksa asam. Laksa asam mudah dibuat dan biasanya menggunakan ikan kembong, ikan selayang @ ikan sardine, ikan tenggiri. Tapikan, kita blh guna apa juga jenis ikan, cuma setiap jenis ikan akan memberi rasa kuah laksa asam yg berbeza. Che mat pernah guna ikan tongkol dan tak kalah sedapnya…

rsz_lacm1

Kuah laksa asam harus ada rasa masam dan kali ni che mat gunakan asam jawa dan asam gelugor. Jika suka kuah yg agal bersih, blhlah dikeluarkan daun kesom dan bunga kantan. Isi ikan pulak ditaruk selepas daun kesom dan bunga kantan dikelurkan. Che mat buat tak berapa pedas sangat, sejak2 dah berusia ni, dah kurang sikit mkn pedas, kalau dulu, kau lanyak semacam ajer cili padi, tak de masalah. Kalau suka blh ditambah hirisan nanas sbg salah satu ulaman (biasanya kalau ada nanas dah jadi laksa asam Penang). Sbg penambah perisa, blh dihidangkan dgn petis atau otak udang. Laksa asam blh dikategorikan sbg hidangan sihat kerana tak guna sebarang minyak. Kalau tekak anda kurang selera mkn, apa kata cuba bikin laksa asam…Resipi seperti di bawah ini…

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA ASAM:-)
3 – 4 ekor ikan kembong saiz besar
5 keping asam gelugor
1/2 cawan jus asam jawa
1/4 cawan cili kisar
2 biji bawang besar*
5 biji bawang merah kecil*
2 inci belacan, dibakar*(*dikisar halus)
1 batang serai, diketuk
1 cekak daun kesom, cuci dan toskan
2 kuntum bunga kantan, dibelah 2 setiap 1
Air rebusan ikan secukupnya
Air panas secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN 🙂
Mi laksa secukupnya (kalau guna yg kering, rebus sehingga lembut, toskan dan cuci bawah air paip)
Timun, diracik halus
Daun, salad, dihiris
Bawang besar, dihiris
Telur rebus secukupnya, dibelah 2
Hirisan cili merah dan cili hijau
Hirisan bunga kantan
Hirisan daun kesom
Daun pudina secukupnya
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2
Petis @ Otak udang secukupnya

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. UNTUK KUAH LAKSA ASAM :- Ikan disiang, cuci bersih dan rebus sehingga ikan masak. Keluarkan, asingkan isi ikan dan pecah2kan isinya. Tulang ikan dikisar halus dgn air rebusan ikan. Tapiskan ke dlm periuk. Masukkan bahan2 kisar halus, cili kisar, serai, asam gelugor, jus asam jawa dan air panas (anggaran 1 liter). Kacau dan masak sehingga mendidih. Tambah daun kesom dan bunga kantan. Perlahankan api, tutup periuk dan masak selama 45 minit, kacau sekali sekala.
  2. Keluarkan serai, daun kesom dan bunga kantan tadi. Masukkan isi ikan, kacau rata dan perasakan dgn garam secukupnya dan sedikit gula (atau blh guna serbuk perasa). Biarkan masak utk 20 minit lagi. Rasa dan jika ok blh matikan api.
  3. UNTUK MENGHIDANG LAKSA ASAM :- Taruk secukupnya mi laksa dlm mangkuk sesuai. Tuang kuah laksa secukupnya (pastikan kuah dikacau sebelum dituang ke dlm mangkuk). Hias dgn hirisan bawang besar, daun salad, cili merah, cili hijau, timun, telur rebus, hirisan daun kesom, bunga kantan, daun pudina dan sudukan sedikit petis. Perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan. Sebelum mkn, pastikan anda gaul laksa asam tadi agar semuanya rata dan sebati…Selamat mencuba!
Loading...

Tags: #ASAM #Laksa #Resipi

author
Author: 
    Biskut Raya Popular 2019: Resipi Snow Almond Mudah & Sedap.
    Anda dah mula tercari-cari resipi biskut raya utk thn ini? Maklumlah, Ramadan bakal
    Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Perlu Risau Lagi Bau Yg Tak Best
    Kadangkala, puding karamel nampak sedap tapi apabila dimakan kurang menyelerakan sebab ada bau
    Resipi Colek Paling Ringkas Dan Terlajak Sedap
    Petang-petang duk kumpul adik beradik sambil2 nyicahh sambil2 membawang..resepi colek paling ringkas tapi
    Resipi Puding Tiramisu Mudah Buat
    Adus sedap dpt nikmati puding , puas terasa di tekak tambah pula mkn

    Leave a reply "RESIPI LAKSA ASAM"