RESIPI KUIH SERABAI

rsz_serabaii
Assalammualaikum, salam semua. Petang ni mood rajin datang, lagi pun mak che mat berpuasa, jadi elok kita bikin pemanis mulut yg kurang manis. Dan kebetulan sekarang ni kan musim durian, blh lah kita manfaatkan durian tu yea dak. Biasa mkn kuih serabai? Kuih Serabai ini kalau kita perhatikan, dia lebih kurang macam apam, sebab menggunakan ibu roti sbg agen penaik. Disamping itu dimasukkan juga nasi sejuk yg ni menjadikan kuih serabai lembut sampai ke petang, tak risau keras atau bantat. Che mat dah pernah buat kuih serabai ni dulu dan buatnya tak susah, masak atas dapur gas saja. Biasanya kuih serabai kita mkn dgn kuahnya yg seperti kuah pengat. Kalau dicampur dgn durian, lagi lah bertambah sedap jadinya…
rsz_serabaii1
Resipi yg ini akan menghasilkan hampir 30 keping kuih serabai, tapi bergantung pd saiz acuan yg kita guna. Che mat guna acuan seperti yg ini , rasanya blh beli dikedai2 menjual bahan2 baking atau kedai serbanika. Kalau baru beli, pastikan dicuci bersih dahulu sebelum digunakan. Jika ada acuan diperbuat dr tembaga, yg itu lagi elok. Alternatif lain jika takde acuan, blh saja guna non stick pan saiz kecil atau guna non stick pan saiz besar dan kita bikin seakan2 pancake, kan kita yg buat dia betul tak?.Tak lupa ucapan terima kasih che mat pd blog ini atas perkongsian resipi kuih serabai….Jomm cuba buat sendiri!

BAHAN-BAHANNYA 🙂
2 cawan tepung beras (che mat campur 1 cawan tepung beras + 1 cawan tepung gandum)
3/4 cawan nasi sejuk*
1 cawan air*

(*dikisar halus)
1/2 cawan air
1 camca besar gula
1 camca teh rata garam
1/2 cawan santan

BAHAN-BAHAN DISATUKAN 🙂
1 camca teh rata instant yeast
1 camca besar gula
3 camca besar air suam

BAHAN-BAHAN KUAH DURIAN 🙂
Beberapa ulas durian atau secukupnya
3 camca besar hirisan gula melaka*
1 cawan air*(*dimasak sehingga gula larut dan tapis)
600 ml santan sederhana pekat
1/4 camca teh garam
1 camca besar rata tepung gandum*
1/3 cawan air*

(*disatukan dan kacau rata)
Gula pasir secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. UNTUK ADUNAN KUIH SERABAI :- Satukan instant yeast, gula dan air suam. Kacau rata dan biarkan 5 minit sehingga bancuhan kelihatan berbuih2. Sementara itu, masukkan tepung ke dlm mangkuk besar, tambah nasi kisar, santan. garam dan gula. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast tadi dan juga1/2 cawan air. Kacau sehingga semua sebati dan licin, Tutup permukaan mangkuk dgn kain bersih dan rehatkan 2 jam sehingga adunan naik. Sementara itu kita buat kuah durian…
  2. UNTUK KUAH DURIAN :- Masukkan air gula merah ke dlm periuk bersama2 santan dan daun pandan. Masak sehingga mendidih. Masukkan durian dan tambah gula pasir secukupnya (yang ni ikut citarasa masing2lah yea nak manis atau kurang manis). Masak sekejap, perlahankan api dan tuang bancuhan tepung gandum dan garam. Kacau rata dan masak sehingga pekat. Rasa dan jika ok blh matikan api.
  3. UNTUK KUIH SERABAI :- Panaskan acuan kuih serabai atas dapur, guna api kecil. Lenser dgn sedikit minyak mkn pd setiap lubang acuan. Kemudian tuang sesenduk kecil adunan kuih serabai tadi pd setiap lubang acuan. Tutup permukaan acuan dan masak sehingga permukaannya kelihatan berlubang2 dan kering. Perlahan2 angkat keluar kuih serabai (che mat gunakan pisau kecil utk keluarkan kuih serabai dr acuan). Pastikan anda sapu sedikit minyak mkn sebelum ditaruk adunan baru. Buat sehingga siap..
  4. UNTUK MENGHIDANG :- Susun kuih serabai dlm bekas, dan sediakan piring sesuai utk menghidang. Kuah durian blh kita masukkan dlm mangkuk berasingan dan hidangkan dgn kuih serabai tadi. Kalau kuih tak habis, blh simpan dlm peti sejuk, tapi pastikan disimpan dlm bekas bertututp utk mengelakkan kuih jadi kering.. Selamat mencuba!!
Loading...

Tags: #Kuih #Resipi #SERABAI

author
Author: 
    Idea Hebat Pencuci Mulut Lemak Manis Santan Kelapa
    Menu pencuci mulut berasaskan santan kali ni memang gerenti sedap. Dahlah ringkas bahannya,
    Kek Buah Versi Bakar Dan Berpati Oren, Resipi Ni Mudah Dibuat.
    Kek buah memang paling legend dlm koleksi kek raya. Memang evergreen lah, langsung
    2 Biskut Badam Paling Enak & Rangup, Biskut Raya Betul-betul ‘Yummy’..
    Kacang badam atau ‘almond’ adalah kacang yg kaya dgn pelbagai nutrisi dan khasiat
    5 Hidangan Berbuka 4 Nasi + 1 Mi Terbaik Dari Azian Hasan
    Nak kelainan dlm hidangan berbuka, ni dia 4 aneka nasi istimewa dan mi

    Leave a reply "RESIPI KUIH SERABAI"