RESIPI KUIH BINGKA DURIAN

Loading...

rsz_kbd
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat nak berkongsi dgn anda semua resipi kuih bingka durian yg sedap, lemak, wangi dan mudah dibuat. Kan sekarang ni musim durian, jadi bila dah musim durian, maka keluarlah segala resipi berasaskan durian, termasuk seri muka durian, kek durian, cis kek durian, kek durian dan macam2 lagi lah. Kalau durian banyak, blh kita bekukan dlm freezer. esok2 bila teringin nak mkn bubur kacang durian, dah ada stok. Satu che mat nak kongsikan, bila kita bikin kuih atau kek yg ada durian, kesedapan bergantung pd mutu atau jenis durian. Kalau guna durian biasa2, mungkin rasa dia pun biasa2 juga. Kalau guna isi durian jenis berkualiti, sudah tentu rasa dan keharuman dia berbeza. Pd che mat tak tak kesah apa jenis durian pun, semua ok. Kalau isi durian kita tu macam keras sikit, pun blh dijadikan bingka, kau kisar kasi halus. Cuma kalau isi durian yg bagus, lembut, kuih bingka akan jadi sedap dan masa mkn tu terasa isi durian dia. Resipi asal bingka durian ini dr blog Kak Yatie Memories….Terima kasih kak Yatie….Tapi che mat buat setengah bahagian saja dr resipi asal. Kat bawah ni resipi yg che mat gunakan….

BAHAN-BAHANNYA 🙂
2 biji telur gred A
1/2 cawan santan pekat (boleh guna santan kotak – 125 ml)
1 cawan tepung gandum
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1 cawan penuh isi durian, dilecek
1/4 cawan + 3 camca besar penuh gula pasir
2 cawan air
1/4 camca teh garam
Sedikit pewarna mknan kuning
Bijan secukupnya utk hiasan

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Panaskan oven pd suhu 190C, lenser tin berukuran 6 inci x 6 inci x 3 inci dgn mentega. Alas dgn aluminium foil, lebihkan pd bahagian kanan dan kiri tin, tujuan utk memudahkan kita angkat keluar kuih bingka bila masak nanti. Sapu juga mentega pd permukaan aluminiun foil tadi. Masukkan tin ke dlm oven dan biarkan tin panas.
  2. Dalam satu mangkuk besar, satukan semua bahan2 diatas kecuali isi durian, pewarna mknan kuning dan bijan. Kacau semua sehingga rata dan sebati. Tapiskan bancuhan ke dlm mangkuk bersih. Masukkan isi durian dan pewarna mknan kuning. Kacau sehingga rata.
  3. Berhati2 keluarkan tin dr oven, kemudian tuang bancuhan tadi. Tabur bijan rata2 atasnya sbg hiasan. Bakar selama 50 minit sehingga 1 jam. Utk mendapat permukaan kuih yg perang, tukar fungsi api oven pd grill dan sambung membakar selama 5 – 7 minit. Uji kuih dgn mencucuk bahagian tengah kuih dgn lidi sate bersih, jika keluarnya bersih, tanda kuih telah masak.
  4. Keluarkan kuih dr oven. Biarkan 15 minit, dan blh keluarkan kuih bingka durian dr tinnya. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Blh hidangkan utk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba!!
Loading...

Tags: #Bingka #Durian #Kuih #Resipi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI KUIH BINGKA DURIAN"