RESIPI KUIH ANGKU

rsz kak 1 - RESIPI KUIH ANGKU
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat ada sedikit kerajinan. Maka marilah kita bikin kuih angku. Kuih angku apa? Pelik nya nama dia? Memang betul, kuih angku ini bukan kuih kita orang melayu tapi berasal dr China. Kuih angku menjadi kuih kegemaran terumata orang peranakan baba nyonya. Tapi orang kita juga suka kuih ni, sebab rasa dia seakan2 kuih koci. Kuih angku biasanya berbentuk bujur atau bulat, melambangkan kura2 yg sedang berehat. Kebiasaannya bewarna merah, tapi ni jam dah ada macam2 warna dan kuih ini yg aslinya menggunakan warna asli dr buah2an atau sayur2an. Contohnya utk warna oren atau ungu macam che mat bikin ni, kita gunakan keledek. Warna hijau dr daun pandan, merah pulak dr ubi bit atau beet root. Warna biru dr jus bunga telang. Ada juga kuih angku hitam guna daun ramie, blh baca kat sini . Bahan2nya seakan2 bancuhan kuih koci, menggunakan tepung pulut. Dan orang peranakan masukkan sedikit pati santan dlm adunan kulit kuih angku utk mendapat rasa yg lebih lemak.

rsz kak1 - RESIPI KUIH ANGKU
Inti kuih angku menggunakan kacang hijau yg telah dibuang kulit (yang ni blh beli kat kedai2 runcit atau kedai menjual bahan2 masakan). Kacang hijau tanpa kulit tadi perlu direndam dan direbus atau dikukus sehingga lembut, kemudian dimasak dgn gula dan sedikit minyak kacang (che mat guna minyak jagung atau blh guna minyak masak biasa). Satu kebaikkan inti yg kita bikin sendiri, ialah kita blh kawal tahap kemanisannya, samada nak kurang manis atau manis nak mati…Pasal acuan pulak, yg tu blh dapat dikedai2 menjual barang baking atau serbanika. Ada dua jenis acuan kuih angku, satu yg diperbuat dr plastik dan satu lagi dr kayu. Yg che mat guna ni acuan dr kayu dan ada tulisan cina kat tengah2 dia. Errr, apa entah maksud dia, tapi biasanya kalau benda2 mkn ni, dia orang akan tulis simbol untung, kesihatan dan murah rezeki, yg baik2 saja lah, bukan suruh pi mati yea. Buat sendiri lebih bagus dan terjamin kebersihan dan halal nya… Kalau nak cuba, meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini…

BAHAN-BAHAN INTI 🙂
200 gram kacang hijau yg telah dibuang kulitnya
2 camca besar minyak kacang tanah (che mat guna minyak jagung)
1 helai daun pandan, disimpul
1/4 camca teh garam
80 gram gula pasir ( resipi asal 120 gram)

BAHAN-BAHAN KULIT 🙂
125 gram tepung pulut
120 gram ubi keledek ungu yg telah dibuang kulitnya
4 camca besar santan (che mat guna 2 camca besar santan kotak + 2 camca besar air)
4 camca besar air
2 camca besar minyak kacang tanah (che mat guna minyak jagung)
1/2 camca besar gula halus
Secubit garam

BAHAN-BAHAN LAIN 🙂
Sedikit minyak masak utk disapu pd daun pisang dan permukaan kuih
13 helai daun pisang berukuran 3 inci x 4 inci

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. UNTUK INTINYA :- Cuci dan rendam kacang hijau tanpa kulit sekurang2nya 3 jam. Toskan dan rebus dgn daun pandan sehingga kacang empuk, sukatan air masa merebus tu jangan terlalu banyak sangat, sekadar kacang tenggelam dlm 1 inci. Keluarkan daun pandan dan kisar kacang tadi dlm food processor sehingga halus. Masukkan kembali ke dlm periuk, tambah gula dan garam. Kacau sentiasadan masak dgn api kecil sehingga pekat.
  2. Masukkan minyak  dan terus kacau sehingga inti tidak melekat pd periuk. Angkat dan sejukkan. Cedok inti dlm 3/4 camca besar (kurang lebih 16 gram) dan bulat2kan, Buat sebanyak 13 biji. Tutup dgn plastik cling dan ketepikan. Inti yg tak habis blh disimpan dlm peti sejuk.
  3. UNTUK KULITNYA :- Ubi keledek dikukus sehingga empuk, lecek halus dan biarkan sejuk. Keledek tu kalau nak rebus blh juga tapi lebih elok dikukus, kalau rebus, warna ungunya akan keluar dlm air rebusan dan akan mengurangkan warna ungu pd adunan kulit nanti. Masukkan tepung pulut ke dlm mangkuk berisi keledek lecek tadi, tambah gula halus, garam dan santan. Gaul rata dan masukkan air, terus gaul sehingga menjadi doh.
  4. Masukkan minyak kacang tanah atau minyak masak, terus mengadun sehingga mendapat doh yg lembut dan licin. Bahagikan doh kepada 13 bahagian sama besar, kurang lebih 30 gram setiap satu. Tutup dgn plastik bersih sebelum mulakan proses membuat kuih angku.
  5. UNTUK MEMBUAT KUIH ANGKU :- Ambil sebiji doh utk kulit kuih angku. Tekan sedikit biar leper, ambik sebiji intinya yg telah dibulatkan tadi. Taruk ditengah2 doh dan balutkan sehingga inti tertutup kemas. Bulat2kan, blh rujuk gambar di bawah ini…
    rsz kak2 - RESIPI KUIH ANGKU
  6. Kemudian doh yg berisi inti tadi digolekkan dlm tepung pulut, tujuannya agar ia tidak melekat masa dicetak nanti dan senang dikeluarkan. Tekan perlahan2 doh ke dlm acuan kuih angku, corak apa itu terpulang pd masing2lah yea. Pdt2kan dan terbalikkan acuan, ketuk 2 – 3 kali sehingga kuih angku keluar. Susunkan atas daun pisang yg telah disapu dgn minyak masak. Buat sehingga siap, blh rujuk gambar di bawah
  7. rsz kak3 - RESIPI KUIH ANGKU
    Susun kuih angku dlm kukus yg telah dipanaskan. Balut penutup kukus dgn tuala dapur bersih. Kukus kuih tadi selama 7 – 8 minit dgn api sederhana. Kuih akan kelihatan jernih sedikit bila telah masak. Sapukan dgn sedikit minyak kacang tanah semasa kuih masih panas. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan, Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #ANGKU #Kuih #Resipi

author
Author: 
    Cara Masak Rendang Ayam
    jenis masakan padang yang pasti ada diwarung padang. dengan menggunakan ayam kampung terasa
    Resep Cara Memasak Ayam Kecap Enak
    Video ini menjelaskan bagaimana tentang resep dan cara memasak Ayam Kecap yang enak.
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding Video membuat pudot puding sedot
    Indonesia Makassar Street Food 1719 Part.1 Nasi Goreng Jakarta YDXJ0298
    We can buy Jakarta Fried Rice Nasi Goreng Jakarta only costs Rp.15.000 (1

    Leave a reply "RESIPI KUIH ANGKU"