RESIPI KEK TAPAI UBI

Loading...

image-2018-10-08
Assalammualaikum, salam semua. Sekarang ni dah mula musim hujan agaknya, asal petang saja langit mula gelap. Ada kala hujan lebat, ada kala hujan renyai2 ajer, nak2 kampung che mat ni, kedudukkan dia kan atas bukit kita ala2 tanah tinggi lah kononnya. Jadi hujan kurang sampai, maksudnya mendung ajer lebih, tapi hujannya di tempat lain. Apa2 pun syukur alhamdulillah negara kita Allah swt dilindungi dr bencana2 besar. Hari ni che mat rajin sikit, lepas masak tengah hari tadi, terus buat kek tapai ubi. Resipi dah simpan lama, lebih setengah thn rasanya. Che mat ambik dr IG orang Indonesia (maaf sebab tak safe ig dia, pakcik kau tulis kat kertas ajer, tu pun tulisan doktor, aku sorang ajer yg faham!). Dan dlm masa sama nak merasmikan acuan kek baru yg che mat beli di IG. Lama juga mengidam acuan yg bentuk macam ni, walaupun harga agak mahal, tapi tutup mata ajer lah beli, hadiah utk diri sendiri, yea dak…

image-2018-10-08 (1)

Berbaloi ke kek tapai ubi ni, takut lah nak cuba, kang tak sedap, membazir ajer. Resipi yg ni che mat memang rekomen anda cuba dan memang tak rugi. Sedap, lembap dan lembut, senang cerita kalau menantu bikin utk mak mertua, sah korang blh jadi menantu kesayangan. Kalau buatkan utk suami, cukup bulan blh dapat hadiah gelang emas lagi wakk! Kalau tak gelang emas pun, dapat periuk le creuset, alaaa periuk warna warni tuu…hahah, tak sudah2 dgn periuk dia kan si mat tu. Resipi asal ada parutan keju, tapi che mat tak taruk. Sukatan gula dia pun dikurangkan sikit, dan rasa dia cukup elok dah. Kalau ada masa silalah cuba dan hidangkan utk minum petang. Ada tea set cantik kat dlm gobok? Toksah simpan, keluar dan gunakan..barulah tak rugi membeli, yea dak…Nak resipi? Jommm che mat kongsikan di bawah ini…

BAHAN-BAHANNYA 🙂
300 gram tapai ubi
75 ml pati santan (boleh ganti dgn susu cair @ susu segar)
120 gram gula kastor
5 biji telur gred A
1 camca teh ovallate
180 gram tepung gandum*
1 camca teh rata baking powder*(*disatukan dan diayak)
150 gram mentega, cairkan dan biar sejuk
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUTNYA 🙂
  1. Panaskan oven pd suhu 170C. Lenser acuan berlubang tengah (bundt-pan) dgn mentega, kemudian tabur tepung dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. Tapai ubi dilecek halus dan buang jika ada urat2nya, campurkan dgn santan pekat (atau susu cair/susu segar) dan kacau sehingga sebati. Ketepikan. 
  2. Masukkan gula kastor ke dlm mangkuk pengadun, tambah ovallate dan garam, putar sehingga semua rata. Masukkan telur, kesemuanya sekali dan putar pd kelajuan tinggi sehingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih bahulu. Perlahankan kelajuan dan masukkan esen vanilla dan tapai ubi yg telah disatukan dgn santan tadi, kacau rata sehingga sebati.
  3. Dengan menggunakan spatula, tuang mentega cair sedikit demi sedikit sambil diadun dgn kaedah kaup balik sehingga mentega habis. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan adun dgn spatula sehingga sebati, gunakan kaedah sama seperti mengadun mentega cair. 
  4. Tuangkan ke dlm acuan yg telah disediakan tadi. Ratakan dan bakar dlm oven selama 45 minit – 50 minit atau sehingga masak. Uji dgn mencucuk bahagian tengah kek dgn cake tester atau lidi sate bersih. Jika keluarnya bersih, tu tanda kek dah masak. Keluarkan dr oven, biarkan sekejap dan blh keluarkan kek dr acuan. Biarkan kek sejuk sepenuhnya atas jaringan. Hias ikut suka dan blh hidangkan…Selamat mencuba!

Carian Berkaitan

kek tapai ubi
Loading...

Tags: #Resipi #TAPAI

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI KEK TAPAI UBI"