RESIPI KEK SARANG SEMUT

rsz_ksl
Assalammualaikum, salam semua. Kali ni che mat nak kongsikan resipi kek sarang semut.Yea, memang dah biasa orang buat tapi tidak pd che mat, sebabnya puas dah buat sampai muak nak mkn. Hasilnya tak seperti yg diharapkan, dah ikut semua petua, suruh perap adunan tu 3 jam, ehh, bila bakar tetap dia tak jadi lubang2 macam sarang semut, kalau jadi pun alah hai, macam lubang ‘kesian’ ajer, halus. Tu yg malas nak buat dah, sampai ada akak2 siap kasi petua, dia orang kata, che mat kena kawin dulu, baru menjadi lubang pd kek sarang semut tu, hahaha, nakalnya dia orang tu, nak kena cubit agaknya….persoalannya, apa kena mengena lubang pd kek dan kawin?…errrk, no komen lah kan, sendiri pikir….

rsz_1ksl1

Tadi sambil2 masak tengah hari, che mat cuba bikin kek sarang semut, kali ni resipi ambik kat youtube, resipi dr orang Indonesia, buat dia senang, tak payah nak perap2 bagai, lepas kita adun, tuang dlm bekas, terus bakar. Mula2 tu macam tak yakin juga, tapi yg bagi resipi tu siap tulis – ‘anti gagal’, maksudnya mesti jadi…tapi tu semua kehendak Allah swt juga, yea dak. Kita berdoa dan tawakal ajerlah. Maka selepas sejam lebih che mat bakar, dan dikeluarkan dr tin, tak sempat nak tunggu sejuk dah, aku potong terus….dan hasilnya…Wowww!, bersarang, lubang2 dan cantik. Tu teru bakar takde perap2 bagai, kalau perap entah2 lagi cantik agaknya. Tapi tak perap pun dah lawa, buat apa nak leceh2 yea dak, dah lah kita ni mengejar masa. Jadi kalau nak mencuba, che mat kongsikan resipi kat bawah ni…

BAHAN-BAHANNYA 🙂
200 gram gula pasir
300 ml air panas
100 gram tepung gandum
100 gram tepung sagu ubi
70 gram mentega atau majerin, dicairkan dan sejukkan
80 gram susu pekat manis
4 biji telur gred A, pastikan telur segar
3/4 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Masukkan gula pasir ke dlm periuk, masak dgn api sederhana sehingga gula cair dan bertukar menjadi gula hangus atau karamel bewarna keperangan. Berhati2 tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga habis, kacau rata dan biarkan mendidih sekejap. Matikan api dan sejukkan gula hangus tadi.
  2. Panaskan oven pd suhu 190C, gunakan ‘API BAWAH’ sahaja. Lenser tin berukuran 8 inci x 5 inci x 3 inci dgn mentega dan tabur tepung pd seluruh bahagian yg disapu mentega tadi. Ketuk keluar lebihan tepung dan ketepikan.
  3. Masukkan air gula hangus ke dlm mangkuk pengadun, masukkan susu pekat manis dan telur satu persatu sambil dipukul dgn whisk sehingga sebati, Tambah tepung gandum dan tepung sagu ubi, kacau rata sehingga sebati dan tidak berbintil2. Masukkan soda bicarbonate dan baking powder, kacau rata. Tambah mentega/majerin cair dan esen vanilla, kacau sehingga semua bersatu dan rata.
  4. Tapiskan bancuhan tadi dan tuang ke dlm tin yg telah disediakan. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan (panaskan 15 minit awal) dan bakar selama 1 jam 10 minit atau sehingga masak. Nak tau masak, uji dgn mencucuk lidi sate bersih atau cake tester dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek dah masak. Keluarkan dr oven dan terus keluarkan dr tin. Biarkan sejuk dan blh dipotong….Selamat mencuba!
Loading...

Tags: #Resipi #SARANG #SEMUT

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI KEK SARANG SEMUT"