RESIPI KEK PASTRI BUAH-BUAHAN

Loading...

rsz_fpc
Assalammualaikum, salam semua. Petang ni che mat kongsikan satu resipi yg tengah viral di alam maya, iaitu kek pastri buah-buahan. Sebenarnya kek ini bukan lah baru bagi kami blogger2 masakan, malah che mat sendiri pernah bikin dulu. Ketika kami blogger2 masakan tengah rancak berblog dulu, pantang ada resipi menarik yg blogger masakan dah cuba, pasti kami pun terikut2 utk mencubanya. Setelah beberapa thn, kek ini menular balik dan menjadi hot di instagram dan facebook, ada yg sampai buat business, alhamdulillah, sekurang2nya dapat juga menambah pendapatan. Resipi asal kek ini dr Rima, seorang blogger dr Singapura yg begitu hebat membuat kek terutama kek lapis….

rsz_fpc1
Pada che mat utk membuat kek pastri buah2an ini tiada sangat pantang larang, yg penting buah2an harus segar dan pilih buah yg jenis kurang berair seperti stroberi, blueberi, peach, kiwi atau sebarang jenis buah beri. Che mat guna buah2 yg ada dlm peti sejuk dan kebetulan buah peach takde, jadi gantikan nanas dlm tin. Resipi asal, buah2 tadi akan digaul terlebih dahulu dgn sedikit gula halus, tapi che mat skip proses tu dan gula dlm resipi kek juga che mat kurangkan sedikit. Tak menjadi? In sha Allah takde masalah, dan menjadi dgn sempurna. Selain gula, yogurt juga che mat gantikan dgn susu segar yg ditambah dgn secamca teh pati minuman oren sunquick, ini akan memberi rasa lebih sedap dan wangi. Kalau nak mencuba, che mat tuliskan resipinya di bawah ini…

BAHAN-BAHANNYA 🙂
100 gram mentega tulen
130 gram gula kastor
3 biji telur gred A
210 gram tepung gandum*
1 camca teh rata baking powder*(*disatukan dan diayak)
Secubit garam
60 ml susu segar*
1 camca teh pati minuman oren sunquick*(*disatukan dan kacau rata

)
1 camca teh esen vanilla (che mat tak guna, tapi kalau kita guna yogurt, gunakan esen vanilla)
8 biji buah stoberi, cuci, lap kering dan belah 2 setiap 1
1 genggam buah blueberi, cuci dan lap kering
1 biji buah kiwi, pilih yg keras sikit, kupas dan hiris sederhana tebal
4 – 5 gegelang nanas dlm tin (saiz kecil), dilap kering dan potong 2 setiap 1

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Panaskan oven pd suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 1 inci dgn mentega, alas dgn kertas minyak dan lebihkan kertas pd bahagian kiri dan kanan tin, tujuan utk memudahkan kita keluarkan kek bila masak nanti. Ketepikan.
  2. Putat mentega dan gula kastor sehingga pucat, masukkan telur satu persatu dan putar sehingga kembang dan gula hancur. Tambah garam dan esen vanilla, (jika guna) dan putar rata. Perlahankan kelajuan mesin dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis, putar rata.
  3. Tambah bancuhan susu segar + pati minuman sunquick tadi, putar sehingga semua sebati. Matikan mixer, gunakan spatula dan gaul adunan sehingga betul2 rata. Tuangkan ke dlm tin yg telah disediakan tadi, ratakan. Susun buah2an secara berselang seli di atasnya, jangan di tekan. Bakar dlm oven selama 50 – 55 minit atau sehingga masak. dan permukaannya sedikit keperangan. 
  4. Keluarkan kek dr oven, biar sekejap dan keluarkan kek dr tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan ayakkan dusting powder (gula khas utk diayak atas kek, blh beli di kedai2 baking) sebelum dihidangkan, Selamat mencuba!
Loading...

Tags: #BuahBuahan #PASTRI #Resipi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI KEK PASTRI BUAH-BUAHAN"