RESIPI KEK LAPIS LEGIT PELANGI

Loading...

rsz_klrp1
Assalammualaikum, salam Syawal semua. Rasanya masih belum terlewat che mat ucapkan selamat hari lebaran buat semua pengunjung2 blog tiffinbiru tak kira di mana jua anda berada sama ada di Malaysia atau pun di luar negara. Maaf zahir batin jika ada tersalah kata, tersilap tulis dan sbgnya. Biasalah pakcik pun dah menuju ke usia warga emas, jadi kesilapan ada kala tak dapat dielakkan. Hari ini baru berkesempatan mengemas kini blog. Di awal Syawal memang che mat sibuk, nak kata apa, semua bab masak2 kita yg kena uruskan, itu pun rendang, kuah kacang dan serunding che mat dah bikin awal, tiga hari sebelum raya. Kemudian taruk dlm bekas2 kecil dan simpan dlm freezer. Kita ni kena bijaklah membahagikan kerja agar tak stress dihujung2 Ramadan yea dak. Sebelum raya tu hari, che mat sempat melapis empat jenis kek lapis dan yg mana tak pernah buat barulah kita kongsikan resipinya di blog.

rsz_klrp
Kek lapis legit pelagi (kek lapis rempah) ini sama seperti kek lapis rempah biasa cuma kita beri warna pelangi. Utk mendapat lapisan yg sama, adunan kek lapis yg telah siap, harus ditimbang, kemudian dibahagikan pd tujuh bahagian sama berat dan setiap bahagian diberi warna mengikut warna pelangi. Setiap warna kita bakar dua lapis. Che mat guna loyang berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci. Seperti biasa kek lapis memerlukan api grill (bahagian atas) utk pembakaran setiap lapisan, kecuali dilapisan permulaan dan lapisan terakhir, kita bakar guna api atas dan bawah. Suhu biasanya bergantung pd oven masing2. Resipi che mat tuliskan di bawah ini, dan blhlah cuba jika ada masa atau blh buat masa raya haji nanti….Selamat mencuba semua !

BAHAN – BAHANNYA 🙂
400 gram mentega (Golden Churn, SCS, Anchor atau sebarang mentega ‘tulen’ pilihan anda)*


120 gram susu pekat manis*(*disatukan dan kacau rata guna sudu atau spatula)
15 kuning telur gred A
150 gram gula kastor
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar golden syrup
2 camca besar susu segar
100 gram tepung Hong Kong*
2 camca teh rempah kek lapis*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
5 putih telur gred A
40 gram gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar
7 pewarna mknan, che mat guna jenis paste (ungu, biru tua, biru muda, hijau, kuning, oren dan merah)

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Panaskan oven pd suhu 180C (api atas dan bawah). Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak, lenser juga permukaan kertas tadi dgn mentega, ketepikan.
  2. Dalam mangkuk adunan yg kering dan bersih, putar putih telur sehingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula kastor (40 gram) sedikit demi sedikit sehingga habis. Terus memutar sehingga putih telur kembang dan kejung. Matikan mixer, dan alihkan putih telur tadi ke dlm bekas lain. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yg sama, masukkan kuning telur dan putar sehingga bersatu, masukkan gula kastor (150 gram) dan terus memutar sehingga kembang dan gebu. Perlahankan mixer dan masukkan mentega yg telah dibancuh dgn susu pekat manis tadi, masukkan sedikit demi sedikit sehingga habis Tambah esen vanilla dan golden syrup, putar rata.
  4. Masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis, tambah susu segar dan putar sehingga semua rata dan sebati, guna kelajuan perlahan. Matikan mixer dgn menggunakan spatula, ceduk 1/3 bahagian putih telur dan masukkan ke dlm adunan mentega, gaul dgn kaedah kaup balik sehingga sebati, lakukan langkah yg sama utk baki putih telur tadi. Gaul sehingga rata. Ketpikan.
  5. Timbang bancuhan tadi kemudian bahagikan kepada tujuh bahagian sama banyak. Setiap satu diberi warna  ungu, biru tua, biru muda, hijau, kuning, oren dan merah, gaul rata. Tutup permukaan setiap bekas dgn plastik cling. Ok, sekarang kita blh melapis
  6. Masukkan tin ke dlm oven dan panaskan lima minit. Sementara itu susun adunan kek lapis yg telah diwarnakan mengukut turutan warna pelangi. 1- Ungu, 2- Biru Tua, 3- Biru Muda, 4- Hijau, 5- Kuning, 6- Oren, 7- Merah. Keluarkan tin dr oven, masukkan 1/2 bahagian adunan bewarna ungu (lapisan pertama), ratakan dgn sudu dan bakar sehingga keperangan. Keluarkan dr oven dan jika terdapat gelembong udara, cucuk dgn lidi sate bersih. Tekan dgn penekan kek lapis dan tuang baki adunan ungu, ratakan dan masukkan semula ke dlm oven, tukar api ke fungsi grill dan turunkan suhu kepada 170C, bakar sehingga masak (kurang lebih 6 – 7 minit), dan lakukan proses melapis seterusnya dgn adunan warna lain pulak, jangan lupa jika terdapat gelembung udara, cucuk dulu dgn lidi sate dan baru ditekan perlahan dgn penekan kek lapis). Pastikan melapis mengikut turutan utk mendapat hasil warna pelagi yg sempurna. Pastikan setiap adunan kita kacau dahulu sebelum melapis.
  7. Untuk lapisan terakhir, tukar semula api oven kepada api atas dan bawah. Bakar utk 17 – 20 minit lagi sehingga kek betul2 masak dan permukaan kek kering. Keluarkan kek lapis dr oven, biarkan sekejap dlm 5 minit, dan blh keluarkan dr tin. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dipotong kepada 4 bahagian sama besar, balut kemas dgn plastik cling dan taruk dlm bekas kedap udara. Simpan dlm peti sejuk agar kek tahan lama. Blh juga dibekukan dlm freezer jika nak jangka hayat kek lebih lama…Amacam, berani mencuba tak?…
Loading...

Tags: #Lapis #LEGIT #Pelangi #Resipi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI KEK LAPIS LEGIT PELANGI"