Resipi Jarang Jumpa, Sup Kelapa Daging Bakar Yg Mesti Korang Cuba

cover 2 2 - Resipi Jarang Jumpa, Sup Kelapa Daging Bakar Yg Mesti Korang Cuba

Mungkin ada yg pernah jumpa resipi ni. Ada juga yg tak pernah jumpa. Jadi RASA kongsikan di sini resipi Sup Kelapa Daging Bakar yg jarang-jarang dibuat. Korang blh nikmati sup dgn cita rasa yg berbeza.

SUP KELAPA DAGING BAKAR

supkelapadagingbakar FB watermark - Resipi Jarang Jumpa, Sup Kelapa Daging Bakar Yg Mesti Korang Cuba

Bahan-bahan

300 gram daging batang pinang
1 biji air kelapa
1 kiub stok ayam
100 gram isi kelapa (dihiris nipis)
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
2 biji cili padi merah (dihiris nipis)
Daun bawang utk hiasan

Cara memasak


1. Lumurkan garam pd daging dan bakar pd suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
2. Masukkan air kelapa ke dlm periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
3. Seterusnya masukkan daging bakar dan isi kelapa. Perasakan dgn serbuk lada sulah dan garam dgn secukupnya.
4. Setelah mendidih, pdmkan api. Taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Komen anda

Loading...

Tags: #Bakar #Cuba #Daging #Jarang #Jumpa #Kelapa #Korang #MESTI #Resipi

author
Author: 
    Ini Trik Paling Senang Kurangkan Masam Buah-Buahan, Guna Garam Je.
    Percaya atau tidak, rasa buah yg terlalu masam memang membantukan selera mkn. Jangan
    Ini 2 Jenis Red Velvet, Tak Pro Pun Blh Buat Uolls.
    Tak tau nak buat apa hujung minggu? Jom kita baking buat dua jenis
     Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng, Menu Ala Carte Paling Sempoi & Sedap.
    Orang Malaysia memang sinonim dgn  Nasi Goreng, sebab itulah  pelbagai menu nasi goreng
    Ini Cara Masak Udang Goreng Pedas Daun Ketumbar Yang Sedap Mampan.
    Tengok serdak udang yg garing ni pun dah nampak sedap, apa lagi dpt

    Leave a reply "Resipi Jarang Jumpa, Sup Kelapa Daging Bakar Yg Mesti Korang Cuba"