RESIPI HATI LEMBU GORENG BEREMPAH

45401562464 b416c5846f 1 - RESIPI HATI LEMBU GORENG BEREMPAH
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak hati lembu. Lama juga tak mkn hati lembu, kali terakhir che mat mkn, masa sakit tu hari, itu pun sebab darah kurang dan doktor syorkan mkn hati lembu dan kerang selain mkn ubat tambah darah. Biasanya kalau beli hati lembu, pastikan hati yg bewarna kemerahan dan bukannya yg warnanya pucat dan nampak kecoklatan. Hati lembu yg telah lama akan memberi rasa yg kurang enak dan hamis. Satu tips utk mengelakkan hati lembu menjadi keras ketika dimasak, ialah jangan dimasak terlalu lama selain tu kita blh rebus setengah masak hati tadi dgn halia, bawang putih dan serai. Kemudian baru dihiris dan dimasak. Kaedah ini lebih cepat dan tak perlu dimasak terlalu lama. Che mat gunakan kurang lebih 400 gram hati lembu, blh juga kalau nak cukupkan 500 gram, terpulang pd anda….Resipi seperti dibawah ini…

BAHAN-BAHANNYA
400 gram hati lembu, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 camca besar tepung gandum*
1 biji limau nipis, perah jusnya*
1 camca besar garam*(*disatukan dan gaul rata, perap selama 20 minit, cuci kembali dan toskan)
1 inci halia, ditumbuk
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 batang serai, dititik
1 biji  bawang holland, dipotong bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 pokok daun ketumbar, hiris
1 pokok daun bawang, kerat kasar
1 kiub pati daging lembu Maggi
Sebesar ibu jari, gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Hati lembut yg telah dicuci bersih tadi, digaul dgn halia dan bawang putih tumbuk, diamkan selama 20 minit lagi. Didihkan air, kemudian celur hati lembu selama 30 saat, tos dan ketepikan. Jangan celur lama sangat nanti keras.
  2. Panaskan minyak dlm kuali, tumis serai dan bahan2 tumbuk halus sehingga wangi dan naik minyak. Masukkan gula melaka, kiub daging lembu (hancurkan) dan kacau rata. Tambah hati lembu, kacau dan masak selama 3 – 4 minit dgn api besar. Masukkan hirisan bawang holland, cili merah dan cili hijau. Gaul sehingga rata.
  3. Perasakan dgn garam secukupnya dan akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar dan daun bawang, kacau dan rasa, jika ok blh matikan api. Hidangkan dgn nasi panas dan lauk2 lain. Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #Berempah #GORENG #Hati #lembu #Resipi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "RESIPI HATI LEMBU GORENG BEREMPAH"