RESIPI GULAI NANGKA MUDA TULANG LEMBU

rsz gtnm 1 - RESIPI GULAI NANGKA MUDA TULANG LEMBU
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak gulai nangka muda tulang lembu, tulang tu che mat guna tulang rusuk lembu, tak guna banyak, hanya sbg perencah saja. Kalau tak mkn lembu, blh gantikan dgn ayam, udang atau tulang ikan masin kurau. Tapi kalau guna tulang ikan masin kena rendam dulu dan garam kena jaga, jangan main campak sebarang. Memasak ni, biar tawar dr masin, kalau dah masin memang spoil lah, tambah kuah kang meladung, rasa dia pun dah lari, main mkn ajer, tekanan darah naik pulak (tapi blh juga cuba masukkan kentang yg dibelah 4, kata orang kentang ni menyerap garam), jadi kesimpulannya, kena berhati2 guna garam, ingat pesanan pakcik ok. Satu lagi nak pesan, kalau resipi macam ni kena beli nangka muda yg biji dia kecik atau yg betul2 muda. Kalau yg biji dia dah besar dan jerami nangka agak kasar, yg macam tu kurang sesuai utk resipi masak gini, kecuali nak masak lemak putih blh lah. Itu mak che mat yg ajar lah, tak paksa suruh ikut, cuma berkongsi petua…
rsz gtnm1 - RESIPI GULAI NANGKA MUDA TULANG LEMBU
Resipi che mat ni tak banyak beza dr resipi2 biasa yg ada di internet, tapi tak sama. Che mat masukkan rempah ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Sepatutnya nak tambah kerisik, tapi kerisik kehabisan pulak. Tak taruk kerisik pun dah ok, kalau taruk lagilah sedap nak pengan. Seperti biasa, kalau gulai, kena masak awal sikit dan rasanya lebih sedap selepas 2 – 3 jam. Cuma kita kena jaga lah, masa panas2 tu toksah tutup rapat, kena renggangkan sikit tudung periuk, atau selitkan dgn senduk kayu agar tutup periuk renggang. Satu lagi, bila dah siap masak dan api dah dipadamkan, jangan dikacau2 kerap sangat, ini pun salah satu sebab gulai cepat basi. Kalau nak rasa, jangan sekali2 cekut dgn tangan, guna sudu bersih dan kering kalau nak cedok lauk utk dirasa. Harap dapat membantu tak sikit banyak. Che mat ni bukan pandai mana masak, berkongsi ni pun berdasarkan pengalaman di dapur. Ok, jom kita cuba masak gulai nangka muda tulang lembu, resipi seperti berikut…
BAHAN-BAHANNYA 🙂
Nangka muda secukupnya (che mat beli yg dah siap bersiang dlm RM 2 macam tu)
400 gram tulang rusuk lembu yg masih berdaging
1 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
500 ml santan cair
400 ml santan pekat
3/4 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh jintan putih*(*digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan tumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 🙂
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
20 biji cili padi
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup, pilih isi kunyit yg tua
CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Cuci tulang lembut, kemudian rebus selama 20 minit, toskan dan buang air rebusannya. Masukkan ke dlm periuk, tambah air baru, masukkan hirisan halia dan bawang putih ketuk. Rebus kembali utk kali ke-2 sehingga daging pd tulang rusuk empuk. Kalau guna periuk tekanan, rebus selama 20 minit. Asingkan air rebusannya dan isinya. Nangka muda direbus sehingga 3/4 empuk, toskan dan ketepikan.
  2. Panas minyak dlm periuk, anggaran 4 camca besar. Tumis serai sehingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan rempah yg ditumbuk halus tadi, masak sehingga wangi dan naik minyak. Masukkan santan cair dan air rebusan tulang, kacau dan biarkan mendidih.
  3. Tambah nangka muda dan tulang rusuk, kacau perlahan dan masukkan asam gelugor. Tuang santan, masak dgn api sederhana sehingga mendidih, kacau sentiasa. Jika kurang kuah blh tambah sedikit lagi air. Masukkan daun kunyit, perasakan dgn garam secukupnya dan sedikit gula, Masak sehingga nangka empuk, rasa dan jika ok blh matikan api. Blh hidangkan dgn nasi….Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #Gulai #lembu #Muda #NANGKA #Resipi #TULANG

author
Author: 
    Tomat Lebay – Nasi Goreng !
    Ini Video Waktu Tomat Lebay masih kecil heheh … Tomat Lebay – Bakwan
    Tutorial memasak TERONG BALADO – Resep memasak Terong Balado
    Cara Membuat: Iris terong ungu masing-masing menjadi 4 bagian kira-kira 10cm, tiap bagian
    Cara Membuat Bihun Kuah – Resep Mudan dan Enak
    Cara Membuat Bihun Kuah – ingin membuat masakan yang stu ini tapi masih
    Resep dan Cara Memasak Ceker Mercon Mudah, Enak dan Lezat ala Zasanah
    Ceker adalah salah satu bagian ayam yang banyak disukai oleh orang. Ceker bias

    Leave a reply "RESIPI GULAI NANGKA MUDA TULANG LEMBU"