Resipi Dari Air Tangan Ibu Yg Sering Dikenang

Untitled design 32 1 - Resipi Dari Air Tangan Ibu Yg Sering Dikenang

Resipi dr air tangan ibu sememangnya tidak bandingan. Kesedapan memang terigau-igau buat anda terkenang selamanya. Walaupun masakan yg disediakan nampak ringkas dan bahan yg digunakan mudah didapati, bila ibu memasak dgn penuh kasih sayang menjadikan setiap hidangan itu istimewa. RASA mengembalikan nostalgia masakan ibu utk hidangan minum petang yg sering dihidangkan dulu dan kini.

1 7 - Resipi Dari Air Tangan Ibu Yg Sering Dikenang

BUBUR CHA CHA CEMPEDAK

BAHAN–BAHAN:

100g cha cha kering
200g keladi
100g keledek kuning
100g keledek oren
100g keledek ungu
50g sago

5 ulas isi cempedak

Bahan-bahan (kuah santan):
750ml air
150g gula batu
2 cawan santan
Daun pandan
1/2 sudu kecil garam

CARA MEMASAK :
1. Rebus cha cha kering. Angkat apabila sudah terapung dan rendam di dlm air.
2. Rebus keladi dan keledek sehingga empuk. Angkat dan toskan.
3. Rebus sago sehingga masak. Angkat dan toskan.
4. Utk memasak kuah santan, larutkan gula batu di dlm air.
5. Masukkan santan, daun pandan, dan garam. Kacau dan biar reneh.
6. Masukkan cha cha, keladi, keledek, isi cempedak dan sago.
7. Hidang panas atau sejuk.

Info chef:  Sago direndam semalaman utk cepatkan ia kembang dan cantik jika dimasak dgn api yg perlahan supaya santan tidak  pecah minyak

Untitled design 30 - Resipi Dari Air Tangan Ibu Yg Sering Dikenang

UBI KAYU REBUS BERSAMA INTI KELAPA GULA MELAKA GEREK

BAHAN-BAHAN :

UBI KAYU REBUS

Ubi kayu

Secubit garam

INTI KELAPA GULA MELAKA GEREK

1 mangkuk kelapa parut

1 ketul Gula Melaka Gerek

Secubit garam

2 helai daun pandan

1 mangkuk air

CARA MEMASAK UBI KAYU

  1. Rebus ubi kayu
  2. Masukkan secubit garam
  3. Rebus ubi  sehingga ubi empuk
  4. Setelah empuk, angkat dan sejukkan

 INTI KELAPA GULA MELAKA GEREK

1.Di dlm kuali besar, cairkan gula melaka gerek bersama satu mangkuk air

2.Setelah gula melaka sebati cair, masukkan kelapa parut

3.Masukkan daun pandan

4.Masukkan sedikit garam

5.Gaul sehingga kelapa parut kering bersama air gula melaka tadi

6.Setelah kering, angkat dan sejukkan

7.Sedia dihidangkan bersama ubi rebus tadi

Info chef:  Pilih kulit kayu yg berkerak bukan kulit yg licin. Ubi kayu yg baik tak  masuk angin dan lembut bila direbus

Untitled design 31 4 1 - Resipi Dari Air Tangan Ibu Yg Sering Dikenang

ROTI JALA BERSAMA KARI IKAN

BAHAN-BAHAN:-

ROTI JALA

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK

  1. Masukkan semua bahan kedalam blander dan bland sebati.
  2. Tapiskan adunan menggunakan penapis santan supaya tidak berketul.
  3. Test dulu sama ada adunan mudah keluar dr acuan atau tidak.
  4.  Jika susah keluar, tambahkan lagi sedikit air dan kacau sebati.
  5. Bakar adunan diatas kuali leper sehingga garing dibawahnya.
  6. Bila dah masak angkat masukkan dlm pinggan.
  7. Kemudian lipat atau gulung roti jala.

Info chef: Guna serbuk kunyit selain pewarna kuning utk rasa yg sedap di samping warna yg cantik kuning keemasan.

KARI IKAN KEMBUNG ALA UTARA

5 ekor ikan kembung (sederhana kecil)

4 sudu besar rempah kari ikan

1 biji bawang besar (dikisar)

3 ulas bawang putih (dikisar)

1 bungkus santan (1 1/2 biji kelapa)

8 biji kacang bendi (kalau suka letak lebih)

3 biji tomato (belah 4)

4 biji cili merah

BAHAN TUMIS:

3 biji bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

1 sudu halba campur

5 helai daun kari

6 sudu minyak masak

1 cawan air asam jawa (1 inci)

1 kiub pati ikan bilis

garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Bersihkan ikan dan diketepikan.
  2. Bancuhkan rempah kari bersama air panas dan bahan kisar.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bancuhan rempah kari.
  4. Apabila rempah garing dan naik bau, masukkan air asam jawa. biarkan seketika.
  5. Kemudian, masukkan separuh santan bersama sedikit air. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan kiub ikan bilis, bendi, tomato dan cili merah. Kacau seketika.
  7. Akhir sekali masukkan ikan bersama separuh lagi pati santan dan garam secukup rasa. Biarkan seketika dan blhlah dihidangkan bersama roti jala.

Untitled design 32 1 - Resipi Dari Air Tangan Ibu Yg Sering Dikenang

LEMPENG NYOQ MUDA BERSAMA SAMBAL IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN

LEMPENG  NYOQ MUDA

2 cawan tepung – (anggaran saja)

1 cawan nyoq (kelapa parut )

Air – ikut kepekatan

Sedikit garam

Minyak utk menggoreng

CARA MEMASAK:

1.Satukan kesemua bahan, jangan terlalu pekat atau cair. Agak-agak mcm buat cekodok.

2.Panaskan minyak dlm kuali, tuangkan adunan ke dlm dan tutup sebentar, supaya lempeng itu masak sekata. Sudah masak angkat dan hidangkan dgn sambal tumis.

Info chef: Utk melazatkan lagi lempeng, alas bersama daun pisang semasa membakar di atas kuali tanpa minyak. Lempeng akan bertambah garing di samping tidak melekat pd kuali dan menambahkan lagi kelazatan dengan aroma daun pisang bakar.

SAMBAL IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

1 cawan bilis (siap kopek)
20 tangkai cili kering  (dikisar)
3 biji bawang kecil  (dikisar)
3 biji bawang besar (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 cawan minyak masak
Garam (secukupnya)
Gula (secukupnya

Sedikit belacan
Air asam jawa (secukupnya)

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing.
2.Keluarkan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula.
3. Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
4. Masukkan bawang besar yg dihiris, air asam jawa dan garam.
5. Kacau lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap.
6. Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata.
7. Tutup api dan hidang bersama lempeng tadi.

Untitled design 33 - Resipi Dari Air Tangan Ibu Yg Sering Dikenang

PULUT INTI MANIS

BAHAN INTI

50gm gula merah

2 sudu mkn gula pasir

1 cawan air

Garam secukup rasa

300gm kepala parut

CARA MEMASAK

  1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air dlm kuali.
  2. Masak sehingga gula larut.
  3. Masukkan garam dan kelapa parut. Gaul sebati, biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.

BAHAN PULUT

100gm beras pulut

100gm air

50gm santan

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK

  1. Kukus beras pulut dgn air, garam dan santan sehingga masak.
  2. Angkat dan ketepikan.

CARA PENYEDIAAN

  1. Ambil sedikit pulut. Letak dia atas daun pisang yg telah dilayurkan.
  2. Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok.
  3. Sedia dimakan.

Info chef: Pulut direndam semalaman terlebih dahulu sebelum ditanak/dikukus utk menjimatkan masa semasa memasak pulut

Resipi: Rozel Linda Mustapha

Komen anda

Loading...

Tags: #Dari #Dikenang #Resipi #Sering #Tangan

author
Author: 
    Nasi Goreng, Indonesian Fried Rice Recipe
    Nasi Goreng is just an exotic name for Fried Rice…so we hear! But
    Resepi Sagu Gula Melaka
    Atas permintaan ramai yg suruh akak buat semula sagu gula melaka.. ni khas
    CARA MENGOLAH GURITA RAKSASA YG LEZAT
    MENYIANGI GURITA YG BENAR Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Mee Goreng Melayu daripada Chef Haji Ismail
    Asyik pening kepala fikir nak masak apa untuk BERBUKA PUASA? Chef Haji Ismail

    Leave a reply "Resipi Dari Air Tangan Ibu Yg Sering Dikenang"