RESIPI DALCA TULANG

Loading...

rsz_dtmg
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat nak kongsikan resipi dalca tulang, guna tulang rusuk lembu. Mungkin hidangan dalca, anda dah  biasa masak. Tapi ada juga yg tak biasa dan tak berapa pasti cara nak memasaknya, betul tak. Dalca satu masakan seakan2 kari yg ada campuran daging atau ayam atau ada juga yg gunakan kaki, leher dan kepak ayam kemudian dicampur dgn sayur2an dan kacang dhal. Bukan dalca kalau tak letak kacang dhal. Sayur asas utk masakan dalca terdiri dr kacang panjang, kentang, lobak merah, tomato dan terung. Tapi ada juga yg masukkan pisang muda dan nangka. Itu terpulang pd selera masing2. Dalca dihidangkan dgn nasi minyak atau sebarang nasi berperisa. Selain tu sedap juga dihidangkan dgn roti canai, lempeng, roti jala atau roti bai/roti paun. Habis tu che mat mkn dgn apa? Semalam masa ke Johor Bahru, sempat juga singgah kedai roti Encik Salahuddin di Jalan Dhobby, biasanya roti paun dan roti inti menjadi pilihan che mat. Utk dalca ni kita orang cecah dgn roti paun, hmmm, sedap wakkk!…Nak cuba masak dalca? Jomm kita semak resipi kat bawah ni

BAHAN-BAHANNYA 🙂
1 kg tulang rusuk lembu
1 inci halia, hiris*
4 ulas bawang putih, diketuk*
1 camca teh penuh garam*
Air secukupnya*


3/4 cawan kacang dhal, cuci dan rebus sehingga empuk
2 biji kentang, kupas dan potong kiub
1 batang lobak merah, kupas dan potong berbaji
5 tangkai kacang panjang, kerat pendek
1 biji terung ungu bulat, dipotong kiub
2 biji tomato saiz kecil, belah 4 setiap 1
3 camca besar cili kisar
4 camca besar penuh rempah kari daging, Babas
1/2 camca besar gula melaka
1 kotak 200 ml santan Kara*
1/4 cawan air panas*(*disatukan dan kacau rata)
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Air panas, jika perlu
1 camca besar minyak sapi – QBB

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 🙂
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 batang serai, dihiris

BAHAN-BAHAN TUMIS 🙂
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 pelepah daun kari
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Tulang rusuk lembu dicuci bersih, kemudian gaul dgn 1 camca besar tepung gandum dan perap 20 minit, cuci kembali sehingga bersih. Masukkan ke dlm periuk, tuang air sehingga tulang tenggelam dan rebus selama 30 minit. Buang air rebusannya dan masukkan bahan2 bertanda (*) dan tuang air baru. Rebus kembali sehingga daging pd tulang lembut. Jika guna periuk tekanan, masa merebus kurang lebih 15 minit. Ketepikan.
  2. Satukan bahan2 kisar halus dgn rempah kari, kacau rata sehingga menjadi pes rempah. Panaskan minyak dlm periuk, masukkan minyak sapi dan biarkan minyak sapi cair. Masukkan bahan2 tumis dan masak sehingga bawang kekuningan. Tambah cili kisar dan masak sehingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau rata dan masak sehingga naik minyak, gunakan api kecil dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan air rebusan tulang dan air rebusan kacang dhal. Kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan kentang, lobak merah dan tulang rusuk. Kacau rata dan masak sehingga kentang dan lobak empuk. Masukkan kacang dhal, terung, kacang panjang dan asam gelugor. Kalau kurang kuah blh tambah sedikit air panas. Kacau dan biarkan mendidih.
  4. Tambah kacang panjang dan tuang santan, kacau perlahan dan blh masukkan gula Melaka. Perasakan dgn garam secukupnya. Akhir sekali masukkan tomato, kacau sentiasa dgn api sederhana sehingga dalca mendidih. Rasa dan jika ok blh matikan api. Dalca lagi sedap jika dibiarkan beberapa jam sebelum dimakan. Selamat mencuba!
Loading...

Tags: #DALCA #Resipi #TULANG

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI DALCA TULANG"