Resipi Dakgangjeong, Menu Korea Cita Rasa Melayu

Loading...

cover 14 1 - Resipi Dakgangjeong, Menu Korea Cita Rasa Melayu

Dakgangjeong bermaksud ayam rangup manis (sweet crispy chicken) yg berasal dr Korea. Resipi ini diperlengkapkan dgn gochujang atau pes cili Korea. Namun pengguna facebook bernama Ilyana Isa ini telah mengolahnya menjadi satu resipi istimewa dgn cita rasa Melayu. Malah turut menarik minat anak-anak utk menikmatinya.

Jadi, korang pun blh cuba resipi ini utk menambah selera anak-anak mkn. Jom kita tengok resipi yg Ilyana kongsikan.

DAKGANGJEONG
(SWEET CRISPY CHICKEN)

1 16 1 - Resipi Dakgangjeong, Menu Korea Cita Rasa Melayu

Bahan Ayam
Ayam bahagian kepak (potong 3)
Garam
Lada hitam
Tepung jagung
Tepung naik sendiri
Tepung beras

* kalau tiada tepung naik sendiri, blh guna tepung biasa dan sedikit baking powder.

Cara membuat
1. Gaul kepak ayam dgn garam dan lada hitam. Salutkan dgn tepung. Genggam kemas ayam supaya tepung melekat pd ayam. Tepung tidak perlu dibancuh dgn air.
2. Goreng kepak ayam dgn minyak sederhana panas sehingga masak.
3. Toskan kepak ayam. Biarkan sekejap kepak ayam dlm 15 minit supaya jus ayam keluar sikit.
4. Goreng kepak ayam sekali lagi dgn minyak yg betul-betul panas sehingga garing.

Nota: Kepak ayam perlu digoreng dua kali supaya kepak ayam betul-betul rangup. Ini juga menjadikan tepungnya garing dan tidak lembik lps salut sos nanti.

Bahan sos manis pedas


Minyak masak utk menumis
Bawang putih (cencang halus)
Cili kering segenggam (buang biji dan potong-potong)
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula perang
1 sudu besar cuka

Cara membuat
1. Tumiskan bawang putih dan cili kering.
2. Tambah kicap, sos tomato dan gula perang.
3. Masak sehingga likat berkilat.
4. Masukkan cuka.
5. Gaulkan kepak ayam dgn sos sehingga rata.
6. Angkat dan hidangkan.
7. Tabur sedikit bijan sbg hiasan.

Kredit resipi dan gambar: fb Ilyana Isa

Komen anda

Loading...

Tags: #Cita #Dakgangjeong #Korea #Melayu #MENU #Rasa #Resipi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Resipi Dakgangjeong, Menu Korea Cita Rasa Melayu"