RESIPI COLESLAW DAN 4 TIPS MENJAGA KESEGARANNYA

Assalamualaikum, 

Coleslaw adalah salah satu drpada pelengkap hidangan barat dan kalau dirumah ini anak-anak suka mkn dgn roti bun kosong ataupun ayam goreng. Ada berbagai versi resipi coleslaw dan saya suka resipi dibawah ini kerana hasilnya memang menepati selera dan yg penting sekali ianya tidak berair. Resipi ini saya intai dr blog Che Mat dan resipi asal dr Chef Hussin.

Terima kasih utk keduanya atas perkongsian dan izinkan saya panjangkan di laman blog ini pula utk pembaca yg ingin mencubanya. Dan jangan lupa, baca juga 4 tips menjaga kesegaran coleslaw.
Coleslow 1 - RESIPI COLESLAW DAN 4 TIPS MENJAGA KESEGARANNYA
RESIPI COLESLAW DAN 4 TIPS MENJAGA KESEGARANNYA
Bahan-bahannya :
¼  biji kobis bulat – dihiris halus 
½  batang lobak merah – dicincang halus
½  biji bawang besar – dadu halus
2 sudu besar besar cuka mkn
3 sudu  besar gula pasir
Garam secukup rasa
Mayonis  secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

1. Kobis dihiris halus, cuci dan toskan. 
ColeslowB1 - RESIPI COLESLAW DAN 4 TIPS MENJAGA KESEGARANNYA
2. Seterusnya gaul rata kobis tersebut dgn gula dan cuka mkn, perap 30 minit.Kemudian perah dan letak dlm bekas.
ColeslowB2 - RESIPI COLESLAW DAN 4 TIPS MENJAGA KESEGARANNYA
3. Satukan dgn bawang dan lobak merah tadi, gaul rata.
ColeslowB3 - RESIPI COLESLAW DAN 4 TIPS MENJAGA KESEGARANNYA
4. Tambah mayonis secukupnya dan perasakan dgn sedikit garam. Gaul rata dan simpan dlm peti sejuk. Hidangkan dingin.
ColeslowB4 - RESIPI COLESLAW DAN 4 TIPS MENJAGA KESEGARANNYA

Berikut pula adalah 4 tips menjaga kesegaran coleslow sbg panduan.
4 TIPS MENJAGA KESEGARAN COLESLAW
1.   Bagi menjaga kesegaran coleslaw, buat dlm kuantiti  sebanyak yg anda rasa akan mkn pd satu hidangan sahaja.


2.    Campuran coleslaw biasanya digabungkan dgn mayonis, jadi penting utk menyejukkannya secepat mungkin selepas ianya digaul.


3.    Jika anda bercadang membawa coleslaw utk berkelah ataupun barbeque, pastikan ianya diletakkan didalam bekas berisi pek ais. Coleslaw yg berada pd suhu bilik selama lebih dr dua jam, akan hilang kesegaran dan dikhuatiri memudaratkan kesihatan jika ianya masih dimakan.


4.    Keracunan mknan yg berkaitan dgn coleslaw biasanya dikaitkan dgn bakteria drpada kobis. Pastikan anda mencuci kobis yg telah diracik sehingga bersih dan toskan sebelum digunakan.

5.    Untuk mengelakkan coleslaw drpada berair, selepas kobis  diperap dgn cuka dan gula selama 30minit, perah kobis tersebut sebelum digaul dgn lobak merah, bawang dan mayonis.
Coleslow 2 - RESIPI COLESLAW DAN 4 TIPS MENJAGA KESEGARANNYA




Loading...

Tags: #COLESLAW #KESEGARANNYA #Menjaga #Resipi #tips

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "RESIPI COLESLAW DAN 4 TIPS MENJAGA KESEGARANNYA"