RESIPI CAPATI

Loading...

Assalamualaikum,

Salam petang jumaat yg penuh barokah. Hari ini saya nak review secara ringkas buku resipi Menu Hari-Hari, iaitu buku resipi saya yg kedua. Buku ini mengandungi 100 jenis resipi ringkas dgn gambar menu yg mengujakan. Buku ini dibahagikan kepada menu sarapan, tengahari dan malam.

Untuk petang ini saya ingin kongsikan salah satu resipi yg ada dlm buku ini iaitu resipi capati bagi kategori sarapan pagi.

Untuk pembaca blog yg ingin memiliki buku resipi menu hari-hari blhlah dapatkan di kedai buku terpilih ataupun pembelian secara online di link ini: Karangkraf / bookjannah.com /malaysia.kinokuniya.com / mphonline.com . Sungguh mudah, semua urusan dihujung jari anda.
ResipiBCapatiB - RESIPI CAPATI
CAPATI 
Bahan-bahan 

1 cawan tepung atta ataupun tepung gandum 
½ sudu besar minyak sapi – untuk proses menguli 
¼ cawan tepung gandum – ditabur ketika meleperkan doh 
½ cawan air
secubit garam

Cara membuat :

1. Didalam mangkuk besar, campurkan tepung dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaulkan tepung dgn jari.


2. Seterusnya uli tepung selama 10minit. Pd peringkat ini doh mungkin kelihatan tidak rata dan melekit.

3. Tutup doh dgn kain lembab dan rehatkan selama 15minit.

4. Keluarkan doh, lembabkan tangan dgn minyak sapi dan uli doh selama 5 minit lagi sehingga licin.

5. Potong doh kepada 5 bebola kecil dan taburkan tepung gandum ke atasnya sebelum menggelek sehingga nipis.

6. Bakar di atas kuali leper sambil ditekan perlahan sehingga masak di kedua-dua bahagian. Hidangkan dgn kuah kari atau kuah dal.
CapatiB3 - RESIPI CAPATI
Resipi KARI SARDIN ALA MAMAK ada dibawah ini atau utk tutorial bergambar blh click di SINI 

KARI SARDIN ALA MAMAK
Bahan A ( di tumbuk)
1 Labu bawang besar 
1/2 inci halia

Bahan B (Tumis)
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar serbuk cili 
1/2 sudu teh serbuk kunyit 
1 sudu teh halba

1 sudu teh biji sawi 
2 pelepah daun kari 
3 tangkai cili kering – di potong 3

Bahan C 
2 biji kentang – di kupas dan potong berbaji
1/2 sudu besar asam jawa adabi
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak.
2. Seterusnya tumis biji sawi, halba, cili kering dan daun kari. Kacau sehingga berbau wangi dan kekuningan.
3. Masukkan pula bahan yg di tumbuk tadi (Bahan B) dan kacau lagi.
4. Seterusnya masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan kacau sehingga terbit minyak.
5. Tambahkan 1 1/2 cawan air, kentang dan garam secukup rasa. Apabila kuahnya telah pekat, masukkan pula sardin bersama 4 sudu besar sosnya dan renihkan sehingga masak sepenuhnya.
CapatiB2 - RESIPI CAPATI
Ada banyak lagi resipi ringkas dan lazat dlm buku ini. Dapatkan sekarang dipasaran!
Loading...

Tags: #CAPATI #Resipi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI CAPATI"