RESIPI BUBUR KAMBING

Loading...

rsz bkambeng 1 - RESIPI BUBUR KAMBING
Assalammualaikum, salam semua. Pagi tadi che mat tiba2 ngidam bubur kambing. Nak bikin takut bahan2 takde dlm simpanan, takpe kita gamble, korek freezer dulu tengok apa yg ada, dan dgn izin Allah swt, memang ada wakk stok kambing dlm tu. Korek pulak peti sejuk, eh…eh…ehh, macam tau2 ajer, ada juga bahan2 yg sewakttu dgnnya utk masak bubur kambing. Maka operasi pun bermula. Mungkin cara che mat tak sama dgn cara orang lain. Dan kalau ada orang yg tak tau buat, blh lah cuba2 bikin cara che mat ni yea. Dlm rasa ghairah sangat nak buat, tengok2 beras utk bikin bubur pulak takde, stok kat rumah ni yg ada cuma beras basmathi jenis pra-boiled, yg tu memang tak sesuai utk buat bubur, sebab takde kanji. Tetapi…ehemm, nasib baik lah peti sejuk rumah pakcik kau ni macam Tesco + MyDin + Aeon…haha, ada kau stok beras calrose, beras butiran pendek yg orang Jepun bikin sushi tu. Maka beras itu pun diperlakukan yg sewajarnya….Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar, gitu lah kalau Allah dah izinkan, memang permudahlan segalanya, yea dak…

rsz bkambeng1 - RESIPI BUBUR KAMBING
Resipi che mat agak ringkas, ada dua langkah. Pertama kita sediakan stok atau sup kambing dulu, kemudian baru dimasukkan beras yg telah dicuci dan masak dgn api sederhana sehingga menjadi bubur. Bahan2 utk stok nanti blh tengok kat bawah. Kalau suka blh juga masukkan kekacang, seperti kacang kuda dan sayur camput frozen (lobak merah, kacan pis, jagung) ke dlm bubur. Yg tu optional, tak suka takperlu  taruk. Satu lagi, bubur kambing bertambah ‘kick’ kalau kita hidangkan dgn sambal kicap. kalau tak caya nanti bila dah masak bubur kambing, blh test tengok. Nak cuba buat? Meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini…..Jommm
BAHAN – BAHAN KUAH SUP 🙂
500 gram daging kambing yg bertulang, dicuci, perap dgn sesudu besar tepung gandum dan jus limau nipis selama 20 minit
1 sup bunjut, sup tulang #adabi
2 helai bay leaf
1 batang saleri, potong kecil
1 batang lobak merah, dipotong kiub
1 biji bawang besar, belah 4

5 ulas bawang putih, diketuk
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
1 pokok daun ketumbar, dikerat kasar
1 camca teh garam
Air secukupnya
BAHAN – BAHAN BUBUR 🙂
1 cawan penuh beras wangi atau beras siam (pilih beras yg berkanji), cuci dan toskan
1/2 cawan mix vege (lobak merah, kacang pis, jagung)
1 cawan kacang kuda yg telah siap direbus (boleh guna kacang kuda dlm tin)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar bawang goreng
1 camca teh lada hitam kisar
Garam secukup rasa

Air panas secukupnya
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN 🙂
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. UNTUK KUAH SUP :- Cuci daging kambing sehingga bersih, masukkan ke dlm periuk dan tambah semua bahan2 utk kuah sup. Tuang air secukupnya sehingga daging kambing tenggelam. Masak sehingga menggelegak. Cedok keluar buih2 yg timbul pd permukaan air rebusan tadi, tujuannya utk mendapat kuah sup yg cantik. Rebus sehingga daging kambing empuk, tambah air panas jika perlu. Bila empuk, keluarkan daging kambing, dan tapis air rebusannya. (lobak merah dan batang saderi blh diambil dan dimasukkan ke dlm bubur, jika suka). Ketepikan.
  2. UNTUK BUBUR KAMBING :- Masukkan balik air rebusan yg telah ditapis tadi ke dlm periuk. Masukkan beras dan daun pandan, masak sehingga mendidih, sederhanakan api dan terus memasak sehingga beras kembang dan blh masukkan daging kambing, secamca besar bawang goreng, mix vege, kacang kuda dan lada hitam. Kacau rata dan terus memasak sehingga menjadi bubur, tambah air  jika suka bubur lebih cair. Rasa dan jika perlu, tambah garam secukup rasa.
  3. UNTUK MENGHIDANG :- Cedok bubur kambing secukupnya ke dlm mangkuk sesuai, cedok sekali daging kambing. Tabur hirisan daun sup, hirisan daun bawang dan bawang goreng. Sudukan sedikit sambal kicap dan blh hidangkan. Sedap dimakan panas. Selamat mencuba!…
Loading...

Tags: #BUBUR #KAMBING #Resipi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI BUBUR KAMBING"