Resipi Buat Dadih Homemade, Nak Sedap Jangan Kedekut Susu

cover 14 1 - Resipi Buat Dadih Homemade, Nak Sedap Jangan Kedekut Susu

Dadih blh dijadikan sbg snek ketika menonton televisyen bersama keluarga. Buat sendiri dadih homemade memberikan peluang utk kita pantau kandungan gula dan pewarna. Jadi lebih sihat utk anak-anak, kan?

DADIH HOMEMADE

Bahan-bahan
150 gram gula (boleh tambah lagi kalau tak cukup manis)
20 gram serbuk agar-agar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
500 ml air
1 liter susu segar

Perasa (perasa apa-apa pun blh)

fb 10 - Resipi Buat Dadih Homemade, Nak Sedap Jangan Kedekut Susu

Cara membuat
1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dlm periuk. Kacau sebati dan masak atas api
sehingga mendidih dan agar-agar larut.
2. Perlahankan api sekejap sehingga agar-agar larut lps. Kemudian baru kuatkan api sehingga mendidih.
3. Apabila agar-agar sudah larut, tapiskan. Selepas tapis, masukkan susu segar dan kacau sebati. Tak perlu masak selepas
masukkan susu segar.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian utk ditambahkan perasa kesukaan. Misalnya susu yg plain, koko dan nescafe.
5. Masukkan dlm cup dan biarkan sejuk.
6. Selepas sejuk tutup cup dan masukkan ke dlm peti ais antara 1 sehingga 2 jam.
7. Siap utk dimakan.

Tip:
1. Dadih bahagian bawah ni tak berjeli. Kalau guna serbuk dadih packet bahagian bawah akan berjeli.
2. Koko, nescafe, susu. Guna serbuk koko. Nescafe guna yg peket saja.
3. Tanpa guna serbuk dadih.
4. Lebih berlemak dan berkrim.
6. Nak sedap jangan kedekut susu. Biar susu byk drpada air pun tak mengapa.
7. Resipi ni dpt 9 cups.
8. Tak cair dan tak keras. Gedik-gedik mcm puding sedut tu.

Resipi oleh Nur Haziqah drpada Telegram KakiMakan

Komen anda


Loading...

Tags: #Buat #Dadih #Homemade #Jangan #Kedekut #Resipi #Sedap #Susu

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Resipi Buat Dadih Homemade, Nak Sedap Jangan Kedekut Susu"