RESIPI BISKUT THUMBPRINT

rsz_tpc0
Assalammualaikum, salam 10 Ramdan. Semalam che mat berkesempatan bikin sejenis lagi biskut raya, kiranya dah masuk 2 jenis lah setakat ni. Tapi kalau biskut2 biasa macam dahlia, semperit, kuih tart, biskut kelapa tu semua che mat tak jadikan entri lah yea, saban thn resipi dia sama saja. Kali ni mencuba biskut orang dulu2 yg begitu menarik dan mudah dibuat. Resipi che mat dapat dr IG yg dikongsi oleh seorang IG’ers Indonesia. Biskut thumprint ini lebih kurang macam biskut tart juga cuma tak perlu dicetak, gentel2 sebesar ibu jari, tekan sedikit agar tengahnya lekuk, isikan dgn jem kegemaran anda dan bakar. Tapi utk yg ini ada sedikit perbezaan, che mat tak tekan dgn ibu jadi (tau ajerlah kan, ibu jari kita kan saiz dinasore wakk!), che mat guna kan  peralatan utk bikin bunga gula, ala alat2 plastik tu, kan ada macam2..yang bulat, yg tajam, yg pipih…boleh beli kat Mr Diy atau kedai2 menjual barang2 baking..

rsz_tpc

Jumlah biskut yg akan terhasil bergantung pd saiz biskut yg anda gentel. Kalau setiap satu adunan dia kurang lebih satu camca teh, mungkin akan menghasilkan kurang lebih 100+ biji biskut. Isian tengah tu terpulang pd selera masing2, nak taruk coklat atau jem. Che mat guna stoberi filling yg utk orang bikin cheese tart tu. Selain mudah dipaipkan, lepas bakar ia lebih cantik dan tak meleleh. Tapi guna jem biasa dlm botol tu pun rasanya tak jadi masalah. Kalau guna jem raspberi pun sedap. Kalau nak cuba bikin utk hari raya akan datang nanti, che mat tuliskan resipinya di bawah ini….

BAHAN-BAHANNYA 🙂
150 gram mentega
80 gram gula aising, diayak
1 kuning telur
220 gram tepung gandum*
20 gram tepung jagung*
20 gram susu tepung*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan, gaul rata dan diayak

)
1/2 camca teh esen vanilla
Jem stoberi secukupnya (atau sebarang jem pilihan anda)
Kelapa kering secukupnya (anggaran 1 cawan)
Susu UHT secukupnya (anggaran 1/4 cawan)

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Putar mentega dan gula aising sehingga sebati dan pucat. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, putar rata. Perlahanlan mixer dan masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis dan adunan menjadi doh yg lembut. Bulat2kan doh, tutup dgn tuala dapur bersih yg telah dilembapkan dan rehatkan 10 minit. Ketepikan.
  2. Sediakan dulang pembakar, ambil secubit doh tadi anggaran dlm 1 camca teh, bulat2kan dan celup dlm susu UHT, kemudian golekkan dlm kelapa kering. Angkat dan susun dlm dulang pembakar. Tekan sedikit, kemudian buat lekuk di bahagian tengahnya (gunakan hujung jari telunjuk pun blh, pastikan jari anda bersih ok!). Buat sehingga siap.
  3. Sudukan jem stoberi atau sebarang jem pilihan anda ke dlm bahagian yg lekuk tadi, nak senang masukkan jem dlm beg piping dan paipkan. Bila selesai, blh masukkan ke dlm oven yg telah dipanaskan pd suhu 160C dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak. Keluarkan dr oven, biarkan 5 minit sebelum, biskut dialihkan ke atas jaringan. Bila sejuk, blh simpan dlm bekas kedap udara. Pastikan setiap lapisan biskut dialas dgn kertas minyak utk mengelakkan jem pd biskut melekat antara satu sama lain… Selamat mencuba!
Loading...

Tags: #Biskut #Resipi #THUMBPRINT

author
Author: 
    Mee Goreng Basah
    Sebelum masuk bab mee basah, saya nak bercerita aktiviti kesukaan saya kebelakangan ini. Setelah
    Telur Masak Kicap
    Telur Masak KicapBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan6 biji telur grade D atau
    Daging Kicap Bawang Goreng
    Daging Kicap Bawang GorengBy Kak Wan @ ResipicitarasawanSumber :  Pn Surianti @ Jendela
    Buat Sendiri Puding Mangga, Anak-Anak Pun Suka
    Sesekali jom buat puding mangga utk dihidang pd keluarga. Elok juga buat puding

    Leave a reply "RESIPI BISKUT THUMBPRINT"