RESIPI BISKUT PANDAN NESTUM

42273543142 1935dd24ff 1 - RESIPI BISKUT PANDAN NESTUM
Assalammualaikum, salam Jumaat 9 Ramadan. Ada yg dah mula bikin biskut raya? Che mat baru mula semalam. Thn ni buat mana yg termampu saja, tak blh nak ganas2 sangat buat masa sekarang. Tapi apalah makna hari raya tanpa biskut dan kek, yea tak. Nak2 kalau hampir nak hujung Ramadan, kalau ada bau2 aroma orang bakar biskut lagi terasa kemeriahan hari raya. Kali ni mana2 biskut yg dah selalu che mat buat, tak perlu kongsikan resipi di blog, sebabnya sama saja kecuali gambar berbeza. Tapi kalau biskut yg pertama kali buat, yg tu wajib lah tulis resipinya di blog. Biskut pandan nestum ni sebenarnya berzaman orang dah buat, kita saja baru terkial2 nak mencuba. Resipi che mat dapat dr blogger masak2 terkenal Qaseh Honey , dia pun dah berzaman buat, sejak 2013 lagi. Takpe, kita cuba, kalau biskut ni sedap, resipi dia blhlah disimpan, kalau kurang, sekali buat sudah lah, jangan tidak kata orang…

40513797150 961fee7f1d - RESIPI BISKUT PANDAN NESTUM
Habis tu sedap ke tak?..Pada citarasa che mat lah kan, biskut pandan nestum ni not bad, sedap dan bagi penggemar2 rasa pandan, ini memang pilihan anda. Cuma agak manis, jadi penggunaan gula aising tu blh dikurangan sedikit bagi yg tak suka biskut manis2. Secara keseluruhannya biskut ini blh dikategorikan resipi yg blh disimpan utk rujukkan masa datang. Satu lagi, jika tak suka perisa pandan, blh saja tukar pd esen vanilla atau perisa mocha, pun sedap. Ikut citarasa masing2 lah, tapi sukatan yg lain tu toksah pandai2 oter, takut kurang menjadi nanti, dah salahkan resipi pulak. Nak mencuba?..Ok. che mat tuliskan resipinya di bawah ini..

BAHAN – BAHANNYA 🙂
250 gram mentega
120 gram gula aising, diayak (pada che mat agak manis, blh taruk 100 gram saja)
50 gram nestum, kisar kasar (che mat ramas saja)
300 gram tepung red rose + 1/4 cawan lagi (guna tepung gandum pun blh)*
1/4 cawan susu tepung (boleh ganti dgn serbuk coffemate)*
1 camca teh baking powder*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
2 camca teh pes pandan (che mat guna pes pandan cap kupu2, dr Indonesia)
Sedikit pewarna hijau (tak letak sebab pes pandan tu kaler dia dah cantik)
1 kuning telur + 1 camca besar susu cair = kacau rata, utk disapu atas biskut
Nestum secukupnya, utk hiasan

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Putar mentega dan gula aising sehingga sebati dan berkrim. Tambah pandan pes dan pewarna hijau (jika guna, che mat tak pakai). Putar sehingga rata. Kemudian masukkan nestum, putar pd kelajuan perlahan sehingga nestum rata.
  2. Masukkan tepung yg diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga habis dan adunan menjadi doh yg lembut yg blh dicanai. Ok, matikan mixer, bagi adunan kepada 4 bahagian dan tutup dgn tuala dapur bersih yg telah dilembabkan. Tujuan utk mengelakkan doh masuk angin dan mengeras.
  3. Ambil satu bahagian doh (tutup baki adunan dgn tuala lembap), canai doh di antara 2 helai plastik bersih setebal 1/2 cm, terap dgn acuan kegemaran anda dan susun dlm dulang pembakar. Sapu permukaan biskut dgn bancuhan telur + susu tadi dan hias dgn nestum di atasnya. Buat sehingga siap.
  4. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu (sekurang2nya panaskan oven selama 10 minit sebelum membakar biskut), pd suhu 160c selama 20 minit, bergantung pd oven masing2. Bila biskut masak, biarkan sekejap dlm dulang, kemudian sejukkan biskut atas jaringan sebelum disimpan dlm bekas kedap udara. Menghasilkan kurang lebih 130+ keping, bergantung pd saiz acuan yg digunakan. Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #Biskut #Nestum #Pandan #Resipi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "RESIPI BISKUT PANDAN NESTUM"