RESIPI BISKUT CORNFLAKES RANGUP

40571536840 aa053d8714 1 - RESIPI BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni dah masuk 11 Ramadan, dan Syawal mula menghampiri kita. Che mat pasti ramai dah mula berkira2 nak bikin biskut raya. Ada yg tanya che mat kenapa awal sangat dah buat biskut raya? Sebenarnya memang timing che mat sejak dulu macam tu, sehari satu jenis biskut, tak kira lah biskut senang atau susah,sehari satu sudah cukup, tak suka stress. Lepas semua selesai baru buat kek kukus dan kek lapis, yg itu pun sehari satu jenis sahaja. Hari ni che mat buat biskut cornflakes style dulu2. Kata mak che mat, dulu2 masa dia muda, biskut ini memang terkenal dan kalau mkn blh mengimbau kenangan ketika itu. Jadi hari ni kita merajnkan diri mencuba. pertama kali buat dan hasilnya, alhamdulillah, cukup memuaskan..

40571537300 58c6a28903 - RESIPI BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Tercari2 juga resipi yg che mat blh percayai, maklumlah tak pernah buat dan akhirnya che mat guna resipi dr sifu blogger masakan yg tak asing lagi, iaitu Kak Wan dr blog Resipicitarasawan . Bahan2nya mudah dan buatnya juga amat senang, tapi ikut kreativiti masing2lah utk menghiasnya. Che mat buat secara origanal saja, takde taruk hiasan apa2. Resipi asal menggunakan cornflakes biasa, dan che mat guna cornflakes jenis kepingan kecil2 yg dibeli di kedai baking. Tiada jenama sebab jenis timbang. Cornflakes saiz kecil ini akan menjadikan biskut anda lagi comel, tapi guna yg biasa tu pun blh, masih cantik dan sedap…Resipi che mat tuliskan di bawah ini, blh lah mencuba utk hidangan hari raya nanti…

BAHAN – BAHANNYA 🙂
280 gram mentega
180 gram gula kastor (che mat guna 120 gram gula aising)
1/2 camca teh esen vanilla
2 biji telur gred B
320 gram tepung red rose @ tepung superfine (che mat guna tepung gandum biasa)*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda baikarbonat*
1/8 camca teh emplex (penggaring biskut)*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
Cornflakes secukupnya (kurang lebih 500 gram)

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Putar mentega dan gula sehingga kembang, masukkan telur satu persatu dan putar sebati. Tambah esen vanilla, putar perlahan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Adunan memang agak lembut. Rehatkan sebentar (kalau ikut resipi asal, adunan disimpan semalaman dlm peti sejuk, tapi che mat skip yg ni, lepas direhatkan sekejap, terus ajer buat).
  2. Sediakan mangkuk besar, tuang cornflakes dan ratakan. Masukkan adunan dlm beg piping besar, gunting hujungnya dan paip dlm anggaran 1 camca teh dunan ke dlm bekas berisi cornflakes tadi. Buat beberapa biji, kemudian golek2kan dgn cornflakes dan tekan2 sedikit agar cornflakes melekat. Alihkan ke dulang pembakar, jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang bila dibakar nanti. Buat sehingga siap.
  3. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pd suhu 150C (che mat guna suhu 160C, bergantung pd oven masing2) selama 20 – 25 minit atau sehingga biskut kekuningan. Sejukkan biskut sebelum disimpan dlm bekas kedap udara… Selamat mencuba!!

Loading...

Tags: #Biskut #CORNFLAKES #RANGUP #Resipi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "RESIPI BISKUT CORNFLAKES RANGUP"