RESIPI BINGKA ROTI PANDAN

Loading...

rsz brp1 1 - RESIPI BINGKA ROTI PANDAN
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat ada masa sikit, dan sempat juga menghabiskan baki roti dlm peti sejuk, dijadikan kuih bingka roti pandan. Resipi ini blh dikatakan amat mudah disediakan. Jika tak suka perisa pandan, blh abaikan dan biarkan kosong sahaja, pun enak juga. Cuma che mat dah kurangkan sukatan gulanya dr resipi asal. Terpulang kepada anda nak bakar dlm loyang besar atau acuan kecik2 macam che mat bikin. Jika bakar dlm loyang besar, masa membakar perlu dipanjangkan sedikit, sekitar 55 minit sehingga sejam. Kalau guna bekas kecil macam che mat tu, kurang lebih 45 minit dah masak. Kuih bingka lebih enak jika permukaannya sedikit garing dan berkerak, bagi yg suka macam tu, pastikan di akhir masa membakar, kita tukar fungsi api oven kepada ‘grill’ dan bakar sehingga permukaan kuih keperangan.

rsz 1brp - RESIPI BINGKA ROTI PANDAN

Satu petua utk mendapat potongan yg cantik pd kuih2 tradisionla tak kiralah kuih bingka, kuih talam atau kuih lapis, kena pastikan dulu kuih betul2 sejuk. Macam che mat bakar dlm bekas kecil, jadi tak perlulah risau sangat. Satu lagi kuih ni, masa bakar dia akan naik seperti kek, kerana ada kandungan telur, tapi bila sejuk, kuih akan mengecut. Che mat taburkan sedikit bijan sebelum dibakar sbg hiasan. Kuih bingka roti pandan sedap dimakan sejuk atau suam. Kalau teringin nak mencuba, meh che mat tuliskan resipinya di bawah ini…

BAHAN-BAHANNYA 🙂
5 keping roti sandwich ‘gardenia’ atau sebarang roti sandwich pilihan anda
3 cawan santan (guna satu kotak – 200ml santan dan tambah air sehingga dapat sukatan 3 cawan)
4 helai daun pandan, cuci dan kerat kecil
1/2 cawan gula pasir (resipi asal guna 3/4 cawan)
2 biji telur  gred A
1 camca teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1/3 camca teh garam
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Sedikit bijan, utk hiasan

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Roti dipotong kiub kecil2 dan masukkan ke dlm mangkuk besar. Ketepikan. Kisar halus daun pandan dgn santan, tapis dan ketepikan. Dlm mangkuk lain, kacau telur, esen vanilla dan gula sehingga gula hancur, masukkan santan yg dikisar dgn daun pandan tadi, kacau rata. Tambah tepung gandum, garam dan mentega cair, kacau sehingga semua sebati. 
  2. Tapis bancuhan tadi ke dlm mangkuk yg berisi roti. Gaul rata dan biarkan 20 minit sehingga roti terserap dgn bahan2 bancuhan. Sementara itu panaskan oven pd suhu 190C dan lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dgn mentega dan alas dgn kertas minyak. 
  3. Kacau rata adunan kuih bingka roti sebelum dituangkan ke dlm tin yg telah disediakan. Tabur bijan dan bakar selama 55 minit sehingga 1 jam. Lima minit terakhir, tukar api oven pd fungsi ‘grill’ dan bakar sampai permukaan kuih bingka keperangan. Matikan api, keluarkan kuih bingka dr oven. Biarkan sekejap dan keluarkan kuih dr acuan. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Blh hidangkan utk minum petang. Selamat mencuba!
Loading...

Tags: #Bingka #Pandan #Resipi #Roti

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI BINGKA ROTI PANDAN"