RESIPI BAMIA KAMBING

Loading...

rsz bkmg 1 - RESIPI BAMIA KAMBING
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak bamia kambing. Resipi bamia ini antara hidangan klasik orang2 Arab yg mereka bawa masuk ke tanah melayu pd zaman dahulu, khususnya di Johor dan Singapura, semasa mereka menjalankan aktiviti perdagangan. Lama kelama2an ia telah sebati dgn selera oramg tempatan dan diterima menjadi antara hidangan  klasik orang2 Johor dan Singapura. Biasanya mereka menggunakan daging kambing, tapi blh juga kalau nak gantikan dgn daging lembu, lebih sedap kalau gunakan tulang lembu tapi pastikan yg masih ada dagingnya, bukan tulang lembu semata2. Rempah utk resipi bamia menggunakan rempah ratus yg dikisar sendiri, tapi kalau nak guna rempah kari daging pun blh, cuma keasliannya tu agak kurang sedikit. Ada yg tanya che mat, kalau guna ayam blh tak? Takde masalah. blh saja kalau nak guna ayam, tetapi dr segi rasa mungkin agak berbeza sedikit…

rsz bkmg1 - RESIPI BAMIA KAMBING

Hidangam bamia paling sesuai dimakan dgn roti paun/roti bai, roti canai, capati dan roti arab. Selain itu enak juga dihidangkan dgn nasi2 berperisa seperti nasi beriani, nasi minyak, nasi bukhari atau nasi tomato. Nak cicah degan roti jala atau lempeng pekak pun sesuai, senang cerita masakan ini versatile, blh dihidangkan dgn apa saja yg anda suka. Eh, memang taruk sayur bendi yea? Ha ah, resipi bamia memang ada bendi dan toksah risau, kuah dia ok tak berlendir. Malah menjadi pekat dan sedap. Bamia juga blh dimasak lebih dan dibekukan dlm freezer, sesuai utk bulan puasa nanti, masa sahur kalau tak nak mkn nasi, blh hidangan bamia dgn roti. Kalau nak mencuba, meh che mat tuliskan resipinya di bawah ini….

BAHAN-BAHANNYA 🙂
1 kg daging kambing yg telah siap dipotong
2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1
10 – 12 batang bendi, pilih yg kecil, cuci dan toskan
2 biji limau nipis, 1 utk perap kabing, 1 lagi utk dimasukkan dlm bamia
2 pokok daun ketumbar, cuci bersih dan kerat kasar
4 camca besar sos tomato
1 cawan susu cair
1 camca besar rata, gula melaka atau gula perang
10 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Minyak sapi secukupnya
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 🙂
10 biji bawang merah kecil
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
10 tangkai cili kering, buang biji, cuci dan rendam dlm air panas selama 10 minit dan toskan

BAHAN-BAHAN REMPAH 🙂
3 camca besar  ketumbar biji
1 camca besar jintan manis
1 camca besar jintan putih
1 camca teh penuh lada sulah

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Daging kambing tadi dicuci bersih, kemudian gaul dgn sesudu besar teung gandum dan jus dr sebili limau nipis. Gaul rata dan perap 20 minit, ketepikan. Sementara itu bahan2 rempah digoreng tanpa minyak sehingga wangi, gunakan api kecil dan kacau sentiasa. Kisar halus rempah tadi menggunakan pengisar kering atau blh juga ditumbuk dlm lesung batu, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dlm periuk, anggaran 2 camca besar. Tambah 3 camca besar minyak sapi dan biar sehingga minyak sapi cair. Tumis buah pelaga dan bunga cengkih sehingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan rempah yg telah dikisar kering tadi. Kacau rata dan masak sehingga wangi dan naik minyak.
  3. Masukkan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap. Sementara itu, cuci daging kambing yg diperap tadi dan toskan sehingga kering. Masukkan daging kambing ke dlm periuk, gaul rata dan masak sehingga daging kambing kecut. Tuang air sehingga tenggelam, kacau dan masak sehingga mendidih, kemudian sederhanakan api, terus memasak sehingga daging kambing empuk. Tambah air panas jika perlu.
  4. Bila daging kambing empuk, masukkan susu, jus limau nipis dan gula melaka. Kacau rata dan tambah bendi (jangan lupa buang dahulu bahagian tangkainya), kacau rata dan masak sehingga pekat dan bendi lembut. Perasakan dgn garam secukupnya. Akhir sekali masukkan tomato, kacau rata dan masak 5 – 6 minit lagi dgn api kecil. Sebelum api dimatikan, tambah hirisan daun ketumbar, kacau rata dan rasa, jika ok blh matikan api. Blh hidangkan, Selamat mencuba!
Loading...

Tags: #BAMIA #KAMBING #Resipi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI BAMIA KAMBING"