RESIPI AYAM RICA-RICA

30469440768 0595abdd6a 1 - RESIPI AYAM RICA-RICA
Assalammualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung blog tiffin biru. Minta maaf jika sekarang ni amat kurang dah che mat kemas kini blog. Bukan apa, bila masak menu yg sama, rasa macam tak berbaloi pulak taruk kat blog. Jadi sekarang ni kalau che mat masak menu yg jarang atau pertama kali cuba, baru kita kongsikan di sini. Tapi kalau di Instagram che mat di sini, ada juga resipi2 yg dikongsikan termasuk sedikit video masak2. Hari ni kita cuba masak satu menu dr tanah seberang, dr Indonesia. Resipi diberi nama ayam rica-rica, dan cukup kena dgn citarasa tekak che mat. Resipi asal mereka gunakan seekor ayam, tapi che mat guna 5 kepak ayam saiz besar yg setiap satu, dikerat 2, jadi dapat 10 bahagian. Blh juga guna peha ayam. Kebiasaannya, dlm masakan Indonesia, daun jeruk (daun limau purut), serai, kemiri (buah keras) dan daun selasih antara bahan2 penting. Seperti resipi ayam rica-rica ni, bahan2 tadi harus anda utk mendapat rasanya yg asli. Meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini, jangan lupa mencuba…

BAHAN-BAHANNYA 🙂
5 keping kepak ayam saiz besar, dikerat 2 setiap 1, cuci dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
3/4 camca teh garam*
1/2 biji limau nipis, perah jusnya*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 helai daun pandan, disimpul
3 helai daun limau purut, dikoyakkan
1 genggam daun selasih
1 batang serai, dititik
1/2 biji limau nipis, diperah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 🙂
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 biji buah keras, hiris
1 inci kunyit hidup
3 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi merah

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Ayam yg diperap tadi, digoreng sehingga masak tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Keluarkan minyak dr kuali dan tinggalkan anggaran 1/4 cawan. Tumis serai dan daun pandan, masukkan bahan2 kisar halus, masak sehingga naik minyak, gunakan api sederhana dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air sehingga ayam tenggelam. Kacau perlahan dan bila mendidih, blh tambah daun limau purut. Masak sehingga kuah pekat sedikit. Perasakan dgn garam secukupnya dan sedikit gula. 
  3. Akhir sekali masukkan jus limau nipis dan daun selasih. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok blh matikan api. Hidangkan menu ayam rica-rica dgn nasi panas, sambal dan ulam-ulaman, selamat mencuba!

Loading...

Tags: #Ayam #Resipi #RICARICA

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "RESIPI AYAM RICA-RICA"