RESIPI AYAM MASAK PAT PET

42120129082 6e3b010628 1 - RESIPI AYAM MASAK PAT PET
Assalammualaikum, salam semua. Hari ini 1 Ramadan dan kita mula berpuasa. Biasanya bila berbuka che mat lebih suka menu ringkas dan tak berat sangat. Satu lagi kalau dapat tak perlu nak simpan baki2 mknan sampai 2 – 3 hari, penuh peti sejuk, yea dak. Hari ni plan asal nak bikin kerabu mangga dan daging merah Thai, tapi atas permintaan che mat terpaksa ubah menu. Dan utk diri sendiri kita cuba satu resipi yg che mat dapat di FB. Katanya ini masakan Thai, dan buatnya pun tak susah. Kalau resipi asal guna seekor ayam, che mat ada 2 keping dada ayam, jadi kita guna apa yg ada. Sedikit penambahan bahan2 dr resipi asal, sebabnya che mat baca komen2 dr mereka yg biasa masak atau mkn, ayam pat pet seharusnya dimasukkan sedikit belacan dan lada hitam. Tapi itu semua terpulang pd selera masing2. Terima kasih pd mereka yg sudi berkongsi resipi ini di FB, dan che mat kongsikan pula di blog…pssstt, aroma masakan ayam pat pet ni kan saling tak tumpah macam ayam masak cencalok orang Baba Nyonya…

BAHAN – BAHANNYA 🙂
2 keping dada ayam, dipotong kiub, cuci bersih dan toskan
5 tangkai kacang panjang, kerat pendek, cuci dan toskan
3 helai daun limau purut
1 biji limau nipis, perah jusnya
1 camca besar sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan cili padi merah, utk hiasan

BAHAN – BAHAN KISAR HANCUR 🙂
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili padi hijau
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, dihiris

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Panaskan minyak dlm kuali, anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan2 kisar hancur sehingga harum dan naik minyak, tambah sedikit lagi minyak jika tak cukup, gunakan api sederhana dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan isi ayam, kacau rata dan masak sehingga ayam kecut (kalau guna ayam bertulang, sila masukkan sedikit air dlm 1 cawan macam tu). Masukkan sos ikan, gula dan garam secukup rasa (sebabkan puasa, che mat masukkan dlm 1 camca teh garam dann 1/2 camca besar gula). Kacau rata.
  3. Tambah kacang panjang dan daun limau purut, kacau dan masak sehingga kacang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau nipis, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan ke dlm bekas sesuai dan hias dgn hirisan cili padi merah. Blh hidangkan sewaktu berbuka puasa atau bersahur….Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #Ayam #Masak #Resipi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "RESIPI AYAM MASAK PAT PET"