RESIPI ASAM PEDAS DAGING TETEL

image-2018-05-04
Assalammualikum, salam Jumaat semua. Hari ni che mat masak asam pedas daging tetel, style orang Melaka. Banyak beza asam pedas daging tetel ni dgn asam pedas biasa. Bahan-bahan blh dikatakan meriah terutama penggunaan rempah ratusnya. Resipi che mat dapat dr FB Kak Ida Kitchen yg memang pakar memasak dan yg paling penting Kak Ida ni ori orang Melaka. Menurut kak ida, selain penggunaan daging, blh juga dicampur dgn paru, limpa dan hati dlm resipi asam pedas ini. Che mat guna daging tetel dlm sekati ( kurang lebih 600 gram). Resipi kat FB kak ida takde tulis sukatan, jadi kena pandai2 budgetlah yea. Sedap ke asam pedas daging tetel ni? Pd che mat, ia amat sedap dan yg utama bila kau sebut asam pedas, rasa masam dan pedas dia mesti nak terasa atau kata orang, seimbang, barulah air liur blh meleleh. Terima kasih sekali lagi pd kak ida sudi berkongsi resipi dan minta izin che mat kongsikan pula di blog. Oh yea, amacam rupa blog che mat yg baru ni, ok ke tak?…. Jomm kita semak resipi dan kalau ada masa, blh lah mencuba..

BAHAN-BAHANNYA 🙂
600 gram daging tetel (atau daging lembu biasa)*
1 inci halia, hiris*
4 ulas bawang putih, diketuk*


1 camca teh garam*
1/2 cawan jus asam jawa, atau secukupnya
1+ cawan cili kisar
2 biji tomato, dibelah 4 setiap sebiji
3 biji cili hijau, hiris serong
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
4 helai daun limau purut
2 batang serai, diketuk
1/2 camca teh halba
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya (che mat guna air rebusan daging tetel)

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 🙂
7 biji bawang merah kecil (resipi asal guna bawang besar)
3 ulas bawang putih
1 inci kuyit hidup
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 1/2 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jinta manis

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Daging tetel dicuci, kalau besar, potong pd saiz sederhana, kemudian rebus dgn bahan-bahan bertanda (*), sehingga daging tetel lembut. Kalau guna periuk tekanan atau pressure cooker, rebus 15 – 20 minit daging tetel dah empuk. Asingkan tetel dan air rebusannya.
  2. Panaskan minyak dlm periuk (anggaran 1/4+ cawan), tumis halba dan serai yg dititik sehingga harum, masukka bahan2 kisar halus dan masak sehingga wangi. Tambah cili kisar, kacau rata dan masak sehingga cili garing dan naik minyak. Gunakan api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan daging dan lada hitam, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (che mat guna air rebusan daging dlm 4 cawan dan tambah air masak secukupnya). Biarkan mendidih dan masukkan jus asam jawa secukup rasa, kacau rata dan tambah daun limau purut. Perasakan dgn garam secukupnya dan sedikit gula. Biarkan menggelegak.
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan cili hijau, kacau perlahan dan masak dgn api sederhana. Rasa dan jika ok blh matikan api. Hidangkan asam pedas daging tetel dgn nasi panas, telur dadar dan ulam-ulaman, selamat mencuba!!

Loading...

Tags: #ASAM #Daging #PEDAS #Resipi #TETEL

author
Author: 
    Cara Masak Ayam Tandoori Homemade Yg Lembut & Sedap
    Sebut sahaja ayam tandoori, terbayang keenakan hidangan ini. Andai ke kedai mamak utk
    Ini Trik Paling Senang Kurangkan Masam Buah-Buahan, Guna Garam Je.
    Percaya atau tidak, rasa buah yg terlalu masam memang membantukan selera mkn. Jangan
    Ini 2 Jenis Red Velvet, Tak Pro Pun Blh Buat Uolls.
    Tak tau nak buat apa hujung minggu? Jom kita baking buat dua jenis
     Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng, Menu Ala Carte Paling Sempoi & Sedap.
    Orang Malaysia memang sinonim dgn  Nasi Goreng, sebab itulah  pelbagai menu nasi goreng

    Leave a reply "RESIPI ASAM PEDAS DAGING TETEL"