RESIPI APAM NASI

45530924905 3b68504630 1 - RESIPI APAM NASI
Assalammualaikum, salam semua, petang tadi sempat jugalah che mat bikin apam nasi. Resipi ni dah ramai orang buat, rasanya geng2 blogger dah banyak mencuba dan berkongsi resipi. Pagi tadi lepas che mat goreng mi hoon, masa nak cuci periuk nasi, tengok2 masih ada baki nasi semalam kurang lebih dlm secawan. Hurmm sayang pulak, lagi pun nasi tu masih elok tak basi. Jadi che mat ketepikan dulu dan kita pikir apa nak buat nanti, apa2 hal kasi siapkan kerja dulu. Memandangkan hari ni Isnin dan mak serta abang long berpuasa, elok juga nasi tadi kita bikin apam nasi. Buatnya pun takde lah susah mana. Che mat keluarkan semua bahan2 dr peti sejuk dan instant yeast che mat memang simpan dlm freezer, keluarkan dan biar pd suhu bilik dulu, baru blh guna utk bikin apam. Satu petua nak simpan instant yeast agar tahan lama, instant yeast tu kita masukkan dlm botol, tutup rapat2 dan simpan dlm freezer, in sha Allah, tahan bertahun….

45530925805 1af11987df - RESIPI APAM NASI
Ok, kita sambung cerita pasal apam nasi. Resipi yg che mat bikin ni blh dapat anggaran 18 – 20 biji apam kalau kita guna acuan kuih puteri ayu. Kalau guna acuan kuih lompang, lagi dapat banyak. Asalnya warna dia putih, dan terpulang pd masing2 nak tarul warna apa. Che mat lagi suka warna hijau, kalau putih pun ok juga, cuma bila ambik gambar, nantu kurang menyerlah pulak kelapa parut tu, putih lawan putih, mana ngam, yea dah. Kalau nak taruk kaler hitam, kang macam apam kena sambar petir pulak, macam berkabung ajer….hahaha. Kalau rasa malas nak bikin dlm acuan kecik2, blh ajer nak tuang terus dlm loyang besar, cuma masa mengukus tu kena lama lah, anggaran 45 minit macam tu. Kalau ada nasi2 yg berbaki dan dah jemu nak bikin nasi goreng, apa kata cuba pulak bikin apam nasi ni….Resipi che mat kongsikan kat bawah ni…

BAHAN – BAHANNYA 🙂
1 cawan nasi*
1 1/2 cawan air*
1/2 cawan gula*(*dikisar halus)
1 camca teh rata instant yeast
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
Beberapa titik pewarna hijau mknan
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast, gaul rata dgn whisk. Tuang nasi yg telah dikisar tadi, gaul rata dan kacau sehingga sebati dan licin. Tutup permukaan mangkuk dgn plaastik cling dan perap semalam 3 jam.
  2. Panaskan kukusan. Gaul kelapa parut dgn sedikit dlm, alihkan ke dlm bekas tahan panas, taruk daun pandan dan kukus selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk. Ketepikan kelapa utk kegunaan kemudian.
  3. Balut tutup kulus dgn tuala dapur bersih. Sapu acuan dgn sedikit minyak mkn, ketepikan. Masukkan pewarna mknan hijau (atau warna kegemaran anda) ke dlm adunan apam dan kacau sehingga sebati. Sudukan ke dlm acuan sehingga hampir penuh. Buat sehingga siap.
  4. Susun dlm kukus dan kukus selama 15 minit dgn api besar. Bila masak, alihkan dr kukusan dan biarkan sejuk sekejap. Blh keluarkan dr acuan tadi dan hidangkan dgn kelapa parut. Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #Apam #Nasi #Resipi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "RESIPI APAM NASI"