RESEPI TUMIS GORENG BATANG SADERI YANG MUDAH DAN SEDAP

ASSALAMUALAIKUM..

resepi tumis goreng batang saderi yg mudah dan sedap

Salam semua

RESEPI TUMIS GORENG BATANG SADERI YANG MUDAH DAN SEDAP || Nak tanya lah kot ada tak peminat batang saderi kat sini. Ada setengah yg tak gemar kan ? Dulu tak suka juga batang saderi, sekarang dah terlampau suka dah hii, siap blend buat air lagi tapi campur dgn karot. Kalau ikut kira banyak sangat nak share resepi dgn kalian semua. Tapi buat masa sekarang, nak kongsi resepi paling ringkas dan mudah. Resepi ini lebih kurang ala chinese style sebab letak minyak bijan.

Batang saderi sebenarnya banyak kebaikan jika kita amalkan. Nama lagi kategori sayur kan. Kalau tengok resepi orang putih, mereka mkn macam buat salad jerr ni. Memang lagi bagus lah kan Sejak mula berminat mkn batang saderi ini, kalau terbeli tu, memang kena usahakan juga la nak mkn. Yg paling simple, tumis goreng macam ini jer,,buat mkn saja lepas mkn nasi. Nampak simple, tapi menyelerakan la, tapi tak tahu lah takut korang nampak macam tak lalu.hii

Tekstur batang saderi ini rangup, kalau tak goreng lama memang  krup krap. Nak goreng lama sangat nanti hilang nutrisinya pulak kan, Wani lebih suka rangup.

Sesiapa yg nak cuba resepi ini, cubalah ya, penyediaan bahan tak banyak tapi sedap.


RESEPI TUMIS GORENG BATANG SADERI YANG MUDAH

BAHAN-BAHAN
5 – 6 batang saderi dipotong bulat
4 – 5 ulas bawang putih dicincang halus
Segenggam kacang dipanggang terlebih dahulu
Serbuk pati ayam secukup rasa
1 1/2  sudu teh tepung jagung dgn 1/2 cawan air
Serbuk lada putih secukupnya
minyak bijan secukupnya

CARA – CARA
1. Batang saderi dipotong bulat, ketepikan sekejap
2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali, dan tumiskan bawang putih sehingga wangi
3. Kemudian, masukkan batang saderi, kacau goreng sekejap dan terus masukkan air tepung jagung
4. Bila kacau rasa nak berkuah lebih sikit, blh tambah air ya. Sambil kacau rata, masukkan serbuk pati ayam, serbuk lada putih.
5. Jangan kacau lama sangat sebab nak bagi rangup, nampak kuah dah pekat sebati, blh tutup api
6. Tuang minyak bijan sikit dan tabur kacang panggang, Gaul rata sekejap.
7. Blh dihidangkan

Loading...

Tags: #BATANG #GORENG #Mudah #Resepi #SADERI #Sedap #Tumis #yang

author
Author: 
    Asing pelajar, pengetua sekolah diberi amaran
    KUALA LUMPUR 18 Mac – Jabatan Pendidikan Sabah mendapati aduan berhubung pengasingan pelajar
    Cikgu Sirhajwan terima anugerah antarabangsa kali ke 17
    MOHD Sirhajwan (tengah) bersama Norlyziah (kiri) dan Anita menunjukkan sijil yg diterima. Guru
    Sedapnya Menu Dodo Dim Sum & Bowls, Subang Parade
    Assalamualaikum guys, Nak share sikit cerita pasal mkn dim sum kat Dodo Dim
    Bagaimana Rakan Facebook Disyorkan Sebenarnya Berfungsi?
    Rakan Facebook Cadangan dan Disyorkan Berfungsi Facebook adalah laman jejaring sosial yg digunakan

    Leave a reply "RESEPI TUMIS GORENG BATANG SADERI YANG MUDAH DAN SEDAP"