Resepi Telur Bistik

Loading...

Kepada anda yg menggemari resepi telur, pastinya resepi telur bistik akan menjadi salah satu “a must” di dlm senarai anda. Hal ini kerana rasanya yg sedap akan menyebabkan anda berulang kali akan mennyediakan resepi ini. Berikut merupakan bahan-bahannya.
resepi telur bistik

 Cadangan hidangan : 1-2 orang mkn

Bahan-Bahan
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur dipukul
1 biji bawang putih diketuk
bawang besar dipotong dadu
daun ketumbar dipotong halus
1 sudu teh air limau nipis
lada merah besar dipotong
2 sudu sos cili
1 sudu cili boh
1 sudu teh gula
3/4 sudu teh garam
1/4 cawan air
ayam dicincang halus
1 sudu teh tepung jagung
carrot
sawi
kobis bunga
tomato

Langkah 1 (Bahan Utk Telur)
1. Panaskan minyak.

2. Telur yg dipukul gaul bersama dgn ayam dan tepung jagung serta letakkan sedikit garam. Pukul sebati dan kemudian masukkan ke dlm kuali yg panas. Masak dgn api yg kecil (masak sehingga telur garing)

IMAG0228 - Resepi Telur Bistik

3. Asingkan telur yg siap dimasak.

Langkah 2 (Kuah Bistik)
1. Panaskan minyak.

2. Pukul bawang putih, dan masak sehingga kekuningan kemudian masukkan bawang besar, cili boh, sos cili, gula, garam, dan gaul sehingga naik minyak.

3. Letakkan sedikit air kemudian masukkan sayur, air limau dan lada besar merah. Biarkan sehingga mendidih.

IMAG0229 - Resepi Telur Bistik

4. Selepas itu tuangkan kuah yg dihasilkan tadi ke atas telur yg telah di masak terdahulu tadi. Hiaskan dgn daun ketumbar.

IMAG0230 - Resepi Telur Bistik

Sedia dihidangkan. 🙂

Loading...

Tags: #Bistik #Resepi #TELUR

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Resepi Telur Bistik"