Resepi Tauhu Lembut Bersoskan Udang Kering Yg Sedap Dan Mudah. Blh Jadi Menu Diet

Loading...

Resepi Tauhu Lembut Besoskan Udang Kering Yg Sedap Dan Mudah. Blh Jadi Menu Diet || Salam semua, lama cuti ni kan selamat bercuti ya semua, ramai yg ambil kesempatan cuti -cuti ni nak berbuka dgn family di kampung. semalam buka peti ada stok tauhu lembut tak diusik lagi.

menu diet tauhu lembut bersoskan udang kering

Memang dah lama beli, tapi tak jadi satu hidangan pun. Tiba – tiba teringat yg dah buat sebelum puasa lagi ni.

Tak sempat nak update di blog. Kali ini buat sos dgn udang kering. Peminat udang kering wajib cuba. Memang sedap, dulu – dulu pun pernah buat mkn saja lah sesuai utk diet. :D. Resepi ni ambil kat yani’s kitchen tapi tak letak la pulak sos cili. Lain sikit yg  cara kita kukus sekali dgn sos balik.

Siap masak tu kalau blh terus mkn, sedap mkn panas – panas sambil tiup pun blh. Tapi puasa – puasa ni tak blh lah ya. Tunggu waktu berbuka. hii. Hari ini dah ke 16 puasa, Sekejapnya kan tik tok tik tok nak habis dah puasa sebulan.

menu diet tauhu lembut bersoskan udang kering

Abaikan rupa yg tak cantik, time tiba – tiba nak buat susah keluar dr kotak, macam ni lah, tak keluar cantik. Apapun rasa nya memang sedap. Tauhu masak macam ni suka sangat letak minyak bijan. Resepi senang jerr, ada kat bawah ya. Jemput tonton di my youtube channel juga. 🙂

Resepi Tauhu Lembut Bersoskan Udang Kering Yg Sedap Dan Mudah. Blh Jadi Menu Diet
Sumber : Yani’s Kitchen

Bahan – Bahan 

1 ketul tauhu lembut
3 sudu besar udang kering -direndam sekejap dan kemudian ditos
3 ulas bawang putih -dicincang
2 biji cili padi -dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar minyak masak/minyak bijan
Air

Cara – Cara

1. Kukus tauhu lembut selama 10 minit. Sementara itu, sediakan sos udang kering yer.
2. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
3. Masukkan pula udang kering dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula cili padi.
4. Masukkan sedikit air. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis dan kicap cair. Tambah air jika suka.
5. Laraskan rasa mengikut selera masing-masing dgn menambah mana-mana bahan cecair di atas.
6. Setelah mendidih, tutup api.
7. Keluarkan tauhu dr pengukus, tuang sos udang kering ke atas tauhu. Sedia dinikmati.

Baca sini >>> Resepi Sup Tauhu Telur Yg Mudah Dan Sedap
Baca sini >>> Resepi Tauhu Lembut Kukus Bersama Bebola Daging Yg Sangat Sedap

Loading...

Tags: #Bersoskan #DIET #JADI #KERING #Lembut #MENU #Mudah #Resepi #Sedap #TAUHU #UDANG

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Comments are closed.