Resepi Sup Ikan Siakap ala Warung Pak Mat Teh Tarik Madu

Disebabkan encik suami masih tak blh move on dgn sup ikan Warung Pak Mat Teh Tarik Madu nun, maka gigih la aku pergi pasar utk beli ikan siakap nak buat sup ikan ala ala kedai Pak Mat tu.

Bahan-bahan serius main campak je. Sebab aku tengok resepi yg kat google ni macam tak menggiurkan aku sangat. Ada yg cair putih jernih macam tu je. Ada yg pelik sangat. Tak rupa kedai Pak Mat seperti yg dlm ingatan aku. So dgn bahan-bahan yg tercampak ni maka terjadi la sup ikan siakap ni. hehe. Biasa ikan siakap orang duk buat masak stim ngan tiga rasa je kan. So meh kita tukar selera sekali sekala.
PicsArt 04 19 04.25.11255B1255D - Resepi Sup Ikan Siakap ala Warung Pak Mat Teh Tarik Madu

RESEPI SUP IKAN SIAKAP
Bahan-bahan
Bahan A (untuk dikisar)
  • 3-4 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan B (untuk ditumis)
  • 1 biji bawang besar (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 3biji bunga cengkih
Bahan utama
  • Seekor ikan siakap saiz sederhana potong 4
  • perencah sup siam (paket purple)
Hiasan
  • ubi kentang
  • carrot
  • cellery
  • tomato
  • daun sup
  • daun bawang
  • cili api
Cara-cara
  1. Tumiskan bahan B dgn sedikit minyak sehingga layu.
  2. Masukkan bahan A yg telah siap dikisar. Kemudian tambahkan sedikit air dan ubi kentang (optional).
  3. Masukkan perencah sup siam. Kacau.
  4. Bila dah menggelegak atau nampak ubi kentang dah lembut blh mula masukkan carrot dan cellery (optional).
  5. Bagi carrot lembut sikit kemudian blh masukkan ikan siakap.
  6. Masukkan perasa garam dan gula. (ajinomoto mungkin tak perlu sebab paste sup siam tu dah ada aji)
  7. Kacau perlahan sebab takut ikan hancur. Bila nampak macam ikan dah masak blh tutup api, masukkan tomato, daun sup, daun bawang dan cili padi
Hidang dgn nasi panas dan telur dadar atau telur bungkus. Konfem mak mertua lalu pun tak perasan. Haha. Paling best bila siap mkn suami cakap, blh buat lagi lepas ni. Haha. Misi berjaya! Cuma kalau nak lagi betul-betul jadi macam sup ikan pak mat tu kena masukkan daging sekali. Sebab sup ikan pak mat ada daging sekali dlm tu. Hehe. 
Jimat lebih kurang RM80 utk seketul ikan kat warung pak mat. Hee.
Loading...

Tags: #IKAN #MADU #Resepi #Siakap #Tarik #Warung

author
Author: 
    OHFREEFOOD , Aplikasi Berkongsi Mknan Percuma
    OHFREEFOOD , Aplikasi Berkongsi Mknan Percuma ! Tinggal beberapa minggu lagi dah nak
    Senarai penuh pemenang AME 2019
    Senarai penuh pemenang AME 2019: Fesyen MeleTOP – Syafiq KyleArtis Baharu MeleTOP –
    Lirik Lagu Mencuba-Sufian Suhaimi
    Lirik Lagu Mencuba-Sufian Suhaimi bercinta, mengapa setiap percubaan tiadaseperti peluang pertama, pd mulanya

    Leave a reply "Resepi Sup Ikan Siakap ala Warung Pak Mat Teh Tarik Madu"