Resepi Sayur Pedas Keladi, Menu Sayur Kampung Yg RIngkas Dan Mudah

Resepi Sayur Pedas Keladi, Menu Sayur Kampung Yg RIngkas Dan Mudah || Salam semua, sejak kebelakangan asyik juga tengok google analytics utk blog ini, blog ni ramai yg cari resepi nak banding cari informasi ke, mata ni asyik nampak resepi yg naik turun dekat statistik google analytics tu. hii. Kemudian tengok pulak utk google adsense ni macam mana, RPM makin lama makin turun huu lama dah tengah perhati ni. Sedih pulak.

Bukan apa takut blog kena “smart pricing” jerr.. dah macam – macam entri ada kat sini, bukan ikut niche pun. Semasa entri berderet resepi saja, ok jer RPM walaupun sikit, ini makin lama makin turun.

Resepi Sayur Pedas Keladi, Menu Sayur Kampung Yg RIngkas Dan Mudah

Nak nangis pun ada, tapi tak apa nak buat eksperimen balik. Nak post entri resepi jerr hii,, nak tengok ada beza ke tak, macam mimpi ngeri bila  tengok RPM makin lama makin turun.

Oklah ya siapa suka sayur pedas keladi, ada yg suka tak. Dulu tak berapa suka mkn sayur keladi ni, entah kenapa rasa macam tak sedap jer,, tapi rupanya sedap, rugi dulu – dulu tak mkn hii. Kisah throwback ya, lama dah buat ni, belajar dgn bonda.

Sayur keladi sekarang dah dijual siap potong dah, senang kerja sikit. Siapa nak cuba, sila lah cuba. Resepi sangat senang sahaja. Jemput tonton di my youtube channel ya, jemput subscribe jugak. 🙂

Resepi Sayur Pedas  Keladi, Menu Sayur Kampung Yg Ringkas Dan Mudah

Bahan – bahan
RM 2 sayur keladi yg dah dipotong bersih
2 cawan air
1 labu bawang merah 1 biji bawang  merah kecil *
1 inci kunyit*
1inci lengkuas*
4 tangkai lada kering*
Belacan
2 keping asam gelugur
Gula melaka

Bahan bertanda * diblend halus

Cara – cara
1. Bilas bersih daun keladi dgn air
2. Masukkan bahan yg telah diblend ke dlm periuk dan masukkan air 2 cawan. Kalau rasa nak lebihkan air sikit pun tak apa
3. Masukkan belacan, asam gelugur, dan gula melaka
4. Letak atas dapur kacau sampai mendidih
5. Masukkan sayur keladi mask sehingga sayur keladi lembut jangan lama sangat nanti lembik
6. Perasakan dgn garam sekiranya tak masin
7. Siap dan blh hidangkan gandingkan dgn budu sedap ya

Loading...

Tags: #Kampung. #KELADI #MENU #Mudah #PEDAS #Resepi #Ringkas #Sayur

author
Author: 
    Pantas Saja Dianggap Menghina Profesi Satpam, Ternyata Ini yg Dilakukan Denny Cagur dan Parto!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr dua komedian Denny Cagur dan Parto. Bersama
    Download Singular and Plural Puzzles
    A noun names a person, place, thing, or idea. Usually, the first page
    Diblacklist MNC Group, Nikita Mirzani: Turun Rating Lu Gak Ada Gosip Tentang Gue!
    slidegossip.com – Artis sensasional Nikita Mirzani diblacklist oleh MNC Group. Alasannya, Nikita dianggap
    Aktiviti agama di sekolah jejas prestasi pelajar, keluh ibu bapa
    Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan ahli keluarga murid yg belajar di

    Leave a reply "Resepi Sayur Pedas Keladi, Menu Sayur Kampung Yg RIngkas Dan Mudah"