RESEPI SAYUR LEMAK PUCUK LABU YANG MUDAH DAN SEDAP

Loading...

ASSALAMUALAIKUM.

resepi sayur lemak pucuk labu yg mudah dan sedap

RESEPI SAYUR MASAK LEMAK PUCUK LABU YANG MUDAH DAN SEDAP || Tajuk entri dah panjang tapi sebenarnya ada tambah daun kateh murai dan daun cekur manis, nak taip lagi takut panjang sangat, jadi letak perkataan pucuk labu jer. Biasanya bila masuk bab nak masak hal – hal sayur ni, bertukar juga la style masak. Kalau hari ini dah goreng sayur, esok tu mungkin sayur masak lemak, lusa mungkin sayur tumis air, yg mudah – mudah asalkan ada masakan berasaskan sayur.

Bercakap pasal pucuk labu, kerap kali jugak masak sayur lemak guna pucuk labu, tapi kali ini tambah daun kateh murai dan daun cekur manis, kenal ke daun kateh murai, daun utk herba juga, Bab pokok herba ni, yg pakar nya abah, sebab macam – macam dia tanam keliling rumah hii.

Kali ini masak ada campuran daun kateh murai dan daun cekur manis bersama pucuk labu. Utk santan, korang blh adjust nak setakat mana, ada orang dia tak suka santan banyak, Sebab itu kadang- kadang tak berapa suka sangat nak sebut berapa sukatan utk santan. hii

Oklah jom layan resepi, siapa peminat sayur masak lemak macam ni. Kalau setiap kali masak sayur lemak macam ni memang kena geng dgn budu dan ikan kering, Biasalah setiap menu, akan ada geng masing – masing kan.

20180708 121132 01 - RESEPI SAYUR LEMAK PUCUK LABU YANG MUDAH DAN SEDAP

RESEPI SAYUR LEMAK PUCUK LABU YANG MUDAH DAN SEDAP

BAHAN-BAHAN
1 ikat pucuk labu
Segenggam daun kateh murai
Segenggam daun cekur manis
3 ulas bawang merah
1/ 2 sudu teh biji lada hitam
Sedikit ikan bilis dibasuh bersih
Santan secukupnya lebih kurang 600 ml ( guna santan segar lagi bagus )
Garam dan gula secukup rasa

CARA – CARA
1. Pucuk labu dibersihkan dan diasingkan batang dan daun yg lembut
2. Daun kateh murai dan daun cekur manis pun dibasuh bersih
3.Bawang merah dan lada hitam ditumbuk sehingga lumat.
4. Sediakan periuk masukkan santan, letak garam secukup rasa, ikan bilis dan bahan yg dah ditumbuk lumat
5. Letak atas dapur dan kacau santan sampai mendidih, kemudian masukkan pucuk labu, daun kateh murai dan daun cekur manis
6. Biarkan ke semua sayur layu, masuk gula sikit, kacau sekejap dan blh tutup api
7. Sekiranya kurang masin ke blh tambah secukup rasa

Nota : Nak sedap lagi tambah isi ikan bakar di dlm kuah, nak bagi kuah pekat dan sedap. Cubalah 

                         

Loading...

Tags: #Labu #Lemak #Mudah #Pucuk #Resepi #Sayur #Sedap #yang

author
Author: 
    Katanya Berseteru, Atta Halilintar dan Bebby Fey Tertangkap Basah Lagi Dugem di Klub Malam!
    slidegossip.com – Sudah bukan rahasia umum lagi kalau Atta Halilintar dan Bebby Fey
    Jadi Sarang Hantu, Anang Hermansyah Ingin Jual Rumahnya Seharga Puluhan Miliar?
    slidegossip.com – Rumah yg ditempati Anang Hermansyah dan Ashanty bersama anak-anak mereka yg
    Kunjungi Korban Gempa di Ambon, Nikita Mirzani Tuai Pujian, Jokowi Malah Kena Sindiran!
    slidegossip.com – Artis sensasional Nikita Mirzani kembali jadi perbincangan publik. Namun kali ini
    Guru ditahan terlibat aktiviti pengganas LTTE
    GURU sebuah sekolah di Banting, Selangor, Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri

    Leave a reply "RESEPI SAYUR LEMAK PUCUK LABU YANG MUDAH DAN SEDAP"