RESEPI SAMBAL PARU GORENG YANG MUDAH

Loading...

   ASSALAMUALAIKUM…

resepi sambal paru goreng yg mudah

Salam Semua

RESEPI SAMBAL PARU GORENG YANG MUDAH || Siapa ya kat sini peminat sambal paru goreng. Rasa ramai yg suka kan. Nak mkn memang lah mudah, nak buat tu mungkin mkn masa sikit, sebab paru tu nak kena rebus kemudian goreng pulak, Nak goreng kenalah garing baru sedap. Sebab itu jarang juga nak buat sambal paru goreng ni hii..

Gambar ini semua time bulan puasa lagi ya. Biasalah entri tertunggak. Tengok ke rupa macam tak ada sambal, :D, tak suka sangat salut dgn sambal banyak – banyak.

Seperti biasa layan gambar ya, paru ni kalau rebus kaedah biasa, payah lah sikit, asyik nak kembung naik atas, dlm noxxa ok, tapi daku pergi high pressure lagi lama , ada orang kata 8 minit tak percaya sangat, cuba buat jadi macam liat. Jadi utk nak bagi liat dan mudah jer nak telan, pergi HP dlm 30 minit. 🙂

20180530 102117 01 - RESEPI SAMBAL PARU GORENG YANG MUDAH

Bersedia utk direbus :). potong sederhana besar sikit. Nampak besar, lepas masak jadi kecut 

20180530 102251 01 - RESEPI SAMBAL PARU GORENG YANG MUDAH

High pressure selama 30 minit 

20180530 102259 01 - RESEPI SAMBAL PARU GORENG YANG MUDAH

 Putar Tombol ke pressure 

20180530 110426 01 - RESEPI SAMBAL PARU GORENG YANG MUDAH

Bunyi beep tanda dah siap ! Pastikan putar tombol ke steam utk lepaskan wap

20180530 110531 01 - RESEPI SAMBAL PARU GORENG YANG MUDAH

Nampak tak makin kecik hii
C360 2018 05 30 11 08 52 830 01 - RESEPI SAMBAL PARU GORENG YANG MUDAH

20180530 114739 01 - RESEPI SAMBAL PARU GORENG YANG MUDAH

Tunggu sejuk, sedia utk dihiris nipis. Kemudian blh lah goreng, nak goreng ni lah mkn masa sikit.
Jemput tonton video. Resepi nanti korang cuba guna resepi dr Kak Azie ya. 

                       

RESEPI PARU GORENG SAMBAL
Sumber : Azie Kitchen

Bahan rebus:
500 gram paru
1-2 inci halia – hiris kasar
Garam
1 batang serai – ketuk

Bahan Kisar Kasar:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar cili kisar

Bahan lain:
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu besar gula
Garam – jika perlu
1 keping asam keping
1/2 biji bawang besar Holand – hiris nipis
1 batang serai – ketuk

Cara cara:
1. Rebus paru dgn semua bahan diatas sehingga empuk. Angkat tos dan sejukkan. Setelah sejuk, hiris nipis nipis mengikut yg disukai.

2. Panaskan minyak yg agak banyak supaya tenggelam paru. Goreng dgn menggunakan api yg besar sehingga garing yg disukai. Angkat dan tos.

3. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dgn serai sehingga garing dan terbit minyak.

4. Masukkan asam keping, gula, serbuk perasa dan garam, jika perlu.

5. Masukkan bawang besar hiris dan kacau rata sehingga bawang layu. Blhlah ditutup api.

6. Setelah sambal agak suam, baru dimasukkan paru yg telah digoreng tadi dan kacau rata.

Loading...

Tags: #GORENG #Mudah #PARU #Resepi #Sambal #yang

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Leave a reply "RESEPI SAMBAL PARU GORENG YANG MUDAH"