RESEPI ROTI GOLOK

50064313 10215224246353986 5129178708002734080 n 1 - RESEPI ROTI GOLOK

50448801 10215224246633993 5861666649983156224 n - RESEPI ROTI GOLOK

Sebelum pi kelas mengaji kita share roti golok yg pernah viral satu ketika dulu..
Saya panggil roti tinggi kalori… tengok saja la majerin di atas permukaan roti… yummehhh… saya je mkn berketul ketul.
RESEPI ROTI GOLOK
BY NINA MAHDAR

BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung roti / high protein flour
100 gm gula kastor
1 biji telur gred A
100 gm butter
100 gm susu cair
120 gm air biasa
11 gm yis (1 peket)
5 gm garam
Topping
Planta
Gula kaster + susu tepung.
Cara membuatnnya:
– satukan tepung, garam, gula, yis dan telur.
– putar atau kacau sehingga menjadi seperti serbuk roti.
– masukkan susu. Kemudian tuang air. Uli sehingga menjadi doh.
– masukkan butter dan uli sehingga adunan elastik.
– rehatkan doh lebihkurang 5 minit.
– buang angin. Timbang doh lebihkurang 70gm.
– kemudian bahagi kepada 3 bahagian. Bentukkan seperti tocang.
– buat sehingga habis. Rehatkan sehingga doh naik sekali ganda.
– sembur permukaan doh dgn air. (Tak buat pun tak apa)
– bakar suhu 160’c lebihkurang 15-20 minit. Mengikut tahap kepanasan oven masing2.
– lepas keluar oven sapu dgn butter. Biarkan sejuk.
– sapu permukaan roti dgn butter atau marjerin.
– tabur atau tekapkan pd gula ygvtelah di campur dgn susu.
– sedia utk di nikmati.

Loading...

Tags: #Golok #Resepi #Roti

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "RESEPI ROTI GOLOK"