Resepi Pulut Kuning | Try Masak | iCookAsia

hqdefault 2015 - Resepi Pulut Kuning | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Pulut Kuning di: http://www.icookasia.com/pulut-kuning-2/

Bahan-bahan

600 gram beras pulut,
1 sudu serbuk kunyit,
air perahan sebiji limau nipis,
2 cawan santan,
dan sedikit garam.

Cara membuat

1. Pertama sekali, rendam beras pulut yang sudah dibersihkan dengan air, serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air serta air perahan limau nipis.

2. Gaul sebati dan rendam selama 4 hingga 6 jam. Serbuk kunyit juga boleh digantikan dengan air rebusan kunyit hidup.

3. Setelah itu, masukkan beras pulut tadi ke dalam periuk kukus dan toskan airnya sebentar.

4. Kemudian, kukus sehingga beras pulut masak.

5. Apabila pulut masak, masukkan ke dalam periuk berlainan dan gaulkan garam dengan santan.

6. Selepas itu, masukkan santan sedikit demi sedikit ke dalam pulut tadi dan gaul hingga sebati. Lakukan langkah yang sama hingga semua santan habis.

7. Masukkan semula ke dalam periuk kukus dan kukus sebentar hingga pulut benar-benar masak.

8. Pulut kuning sedia untuk dihidang. Ia enak dimakan
bersama rendang atau sambal.

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Rating video: /5

Sumber video: Youtube


Loading...

Tags: #iCookAsia #Kuning #Masak #Pulut #Resepi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:
    1. author

      MM2 MM22 years ago

      Bagi pendapat saya kita tengok orang masak macamana kemudian kalau rasa mana yang kurang kita lebihkan mana yang lebih kita kurangkan

      Reply
    2. author

      Alice chia2 years ago

      Tk msan ke tu pulut pakai asam keping

      Reply
    3. author

      abdulahpulutayam Abdullahmuhammad2 years ago

      sedapp hmm…

      Reply
    4. author

      AngelinaHamsan 82 years ago

      sejak bile kna letak asam keping bagai ni?pastu santan x masak skali..merepek tul la video ni

      Reply
    5. author

      Darsuki Lahat2 years ago

      Sakit perut makan santan x masak. Apa resepi x lengkap ni??

      Reply
    6. author

      Sheyha Sulong2 years ago

      hah santan tak masak..gaul aje dan dah sedia???

      Reply
    7. author

      Azman aziz2 years ago

      What a stupid video daa

      Reply
    8. author

      Lenniza Lenniza2 years ago

      saya msk pulut guna ricecooker. tak perlu rendam beras tu. basuh mcm msk nasi tp letak air sikit je. bila rc dah off letak santan yg dibubuh garam dan gaul dlm ricecooker td ms tgh panas dan tekan balik rice cooker to on mode. bila rc dh auto off lg sekali, bole le makan..santan pn dh termasak sekali, x pecah minyak pun.

      Reply
    9. author

      Aida Rohana2 years ago

      Awesome. thank you šŸ™‚

      Reply
    10. author

      rebeccafoo2 years ago

      I often make it taught by an old lady. I will soak the pulut over night with the ingredients but not the oil. Drain and remove the asam keping and steam it over high heat until cooked. Now I use Thermos Pot, I steam it for 10 mins then put it into theĀ outer pot and stand 1 hr. Ā Pour the cooked pulut into a big bowl or pot and add in theĀ  ( Mix well oil ,salt to the coconut milk beforehand) , stir well into the steamed pulut then I steam them again for 5 mins so that it will not turn sour after 1 hr !! It can last forĀ 10 hrs and didn't turn sour in hot weather like Penang.

      Reply
    11. author

      Nur Atiella2 years ago

      Nanti letak nama resepi yaa dekat tajuk. Senang nak tengok

      Reply

    Leave a reply "Resepi Pulut Kuning | Try Masak | iCookAsia"