Resepi Puding Oreo Milo “WANNACRY” | Sajian Kuih Muih Memikat Suami | MAHN Nak Masak Apa Hari Ni?

hqdefault 1815 - Resepi Puding Oreo Milo "WANNACRY" | Sajian Kuih Muih Memikat Suami | MAHN Nak Masak Apa Hari Ni?

PUDING OREO MILO “WANNACRY” – Kredit resepi dan video kepada Rahimah Ahmad Akhirudin via #MAHN (Masak Apa Hari Ni?)

Bahan² yang diperlukan:
• 10 grm serbuk agar² (tak kisah jenama apa)
• 1 tin susu cair (400ml)
• Satu bungkus oreo
• Biskut oreo tadi korang patah²kan dua, nak bajet, patah 4 pun bolehhhh.
• 750ml air
• 150g gula
• 3/4 cawan milo

Cara2 Menyediakannya:

1. Masak serbuk agar² dan air sehingga larut. Ikut sukatan air, kalau tak dia kurang maneh.
2. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga larut. Api tu sederhana je, rentung lak kang.
3. Lepas tu, masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih. Jangan lupa selawat dan doakan suami dan anak -anak 🙂
4. Bila dah sebatikan semua bahan² tadi, pisahkan menjadi 2 bahagian (adunan milo dan adunan putih)
5. Bahagian pertama, kita campurkan dengan milo dan kacau manja hingga sebati, jangan ada yang berketul-ketul. Kemudian pisahkan dua bahagian milo, satu bahagian untuk lapisan bawah, satu lagi untuk lapisan atas sekali.
6. Sekarang dah ready nak masuk acuan. Tuang manja bahagian pertama milo, kemudian tunggu keras sikit.
7. Kemudian tuang manja adunan putih pula (yang tiada campuran milo).
8. Sekarang taburkan oreo ikut kretiviti, pastikan tenggelam kebawah dalam adunan putih. lagi banyak oreo lagi mereciks.
9. Bila adunan putih dah keras sedikit, tuang bahagian milo yang kedua.
10. Sejukkan kejap dengan suhu bilik, kemudia boleh masuk peti sejuk bahagian bawah tau. kalau dak gigil gusi makan nanti. Dalam 1/2 jam boleh hidangkan dah. Nyumss nyumss.

Kalau sedap bagi tau kawan dan #share lah dengan jiran sebelah. kalau tak sedap bagitau kakak suweeet. Ewah.
Kredit resepi dan video kepada Rahimah Ahmad Akhirudin via #MAHN (https://www.facebook.com/groups/1399614277028551/)

Rating video: /5

Sumber video: Youtube

Loading...

Tags: #Hari #Kuih #MAHN #Masak #Memikat #Milo #Muih #Oreo #Puding #Resepi #Sajian #suami #WANNACRY

author
Author: 
    Resep Cireng Asli Bandung [Kudapan Sunda] | Andriani Mareth
    MY OTHER SOCIAL MEDIA : twitter — https://twitter.com/AndrianiMareth fb — https://www.facebook.com/Mareth08 personal blog
    Resep Pisang Goreng Nugget
    Halo guys! Kali ini saya akan berbagi resep pisang goreng yang lagi hits
    RESEP RAHASIA TELUR GULUNG RUMAHAN ANTI GAGAL #221
    Harga Pembelian Untuk Bikin Telur Gulung Rumahan : – Wajan 11′ Rp. 18.500
    MAGIC!!!….Bihun Goreng Komplit Ala Rida Ini Bikin Ketagihan, Pakai Bumbu Apa Sich ?
    Hello Teman – Teman Salam kenal buat kalian semua yang baru masuk atau
    1. author

      SITI HIKMAH2 years ago

      Aduuuu..lagu nye.feel lain mcm.kene mute lagu baru boleh fokus resepi

      Reply
    2. author

      Andreas Andrew2 years ago

      Adonan dh trllu keras

      Reply
    3. author

      arti yanuARTI NHAsmansyur2 years ago

      lagu nya siapa kakak

      Reply

    Leave a reply "Resepi Puding Oreo Milo “WANNACRY” | Sajian Kuih Muih Memikat Suami | MAHN Nak Masak Apa Hari Ni?"