Resepi Puding Karamel Ubi Kentang

Resepi Puding Karamel Ubi Kentang | Kalau tak mkn dessert/manisan masa berbuka tak sah plak ye. Ika pun penggemar manisan, tapi 5 hari Ramadhan ni semalam baru buat kes nak mkn, biasa layan kurma je dah cukup.
Kalau thn sebelum lg teruk manisan punya penangan, buah tanjung, tahi itik, jala emas wajib ada setiap hari.
Ni Ika share resepi manisan paling sempoi, 20minit dah siap, bahan pun mudah aje.

Bahannya:
3biji ubi kentang saiz sederhana
5-6 biji telur ayam, kalau ada telur itik blh tambah sebiji utk telur itik.
2keping gula melaka/gula kabung/
Secubit garam

6-7 biji bunga cengkih

1 3 - Resepi Puding Karamel Ubi Kentang
Sumber resepi : Fb Atikah Mat

Cara buat refer gambar, mudah je. Confirm sedap

Potong ubi kentang saiz jejari.
2 - Resepi Puding Karamel Ubi Kentang

Rebus sehingga masak atau lembut ubi kentang tu.

3 - Resepi Puding Karamel Ubi Kentang

Angkat dan toskan.

4 - Resepi Puding Karamel Ubi Kentang

Masak gula melaka/kabung dgn sedikit air dan secubit garam. Bila dah cair atau air gula melaka sedikit pekat, perlahankan api, gunakan api kecil.

5 1 - Resepi Puding Karamel Ubi Kentang

Masukkan ubi kentang yg ditoskan tadi kedalam air gula melaka yg mendidih, kacau rata.

6 1 - Resepi Puding Karamel Ubi Kentang

Telur ayam dan bunga cengkih dikacau sedikit supaya sebati dan sedikit berbuih.

7 1 - Resepi Puding Karamel Ubi Kentang

Masukan telur yg dibancuh tadi kedalam campuran ubi kentang dan air gula melaka, pastikan telur tu sekata atas semua ubi kentang.

8 1 - Resepi Puding Karamel Ubi Kentang

Tutup periuk, dan biarkan selama 15minit. Pastikan guna api kecil.

9 1 - Resepi Puding Karamel Ubi Kentang

Tadaaa.. Siap sudah puding karamel ubi kentang versi kampung resepi turun temurun dr mak saudara. Kegemaran Ika nih.. Nyums nyums, anak pun suka time buat ni kes mkn ubi kentang tu sedap. Cuba buat tau, konpem tak nyesal, sedap sangat aihh.

10 1 - Resepi Puding Karamel Ubi Kentang

Rupa puding karamel kampung version tak payah kukus bagai. Guna dapur gas je cukup,

11 1 - Resepi Puding Karamel Ubi Kentang

Loading...

Tags: #Karamel #Kentang #Puding #Resepi

author
Author: 
    Jawaban Tujuan Utama Permainan Sepak Bola Adalah
    Apa tujuan utama permainan sepak bola? Seperti yg kita tahu, sepak bola adalah
    1001+ Hikmah Beriman Kepada Hari Akhir (Kiamat)
    Sebenarnya, apa hikmah beriman kepada hari akhir (kiamat)? Semua agama di dunia ini
    Pola Lantai Pd Tari Saman
    Seperti apa pola lantai yg berlaku dlm Tari Saman? Siapa yg tidak kenal
    Jawaban Jelaskan Cara Melakukan Gerakan Meroda
    Bisakah kamu jelaskan cara melakukan gerakan meroda? Gerakan Meroda  atau Radschlag adalah suatu

    Comments are closed.