Resepi Paprik Ayam Yg Mudah

Loading...

Assalamualaikum w.b.t.

Paprik ni memang feveret aku selain tom yam. Kalau tomyam aku suka hirup kuah, paprik ni aku suka dia punya kepekatan kuah tu. Terasa kesedapan sos tiram dan haruman serai dan daun limau purut pulak. Fuhlamakk, meleleh air liur. Hehe.

Resepi paprik yg aku nak share ni resepi yg aku biasa buat bila nak masak paprik. Resepi ni senang, mudah dan yg penting sedap. Siapa la yg suka resepi yg renyah ye.

Bahan-bahan

20160408 070013 wm255B1255D 1 - Resepi Paprik Ayam Yg Mudah
Bawang Holland tak de stok masa ni. huhu.

-setengah labu bawang Holland (mayang kasar)*
-2 ulas bawang putih (ketuk)*
-2 batang serai (dititik)*
-daun limau purut secukup rasa*
-lada merah (optional)*
-2 sudu cili kisar
-2 sudu sos cili
-2 sudu sos tiram
-setengah sudu sos tomato (guna sebab takde tomato. Kalau ada tomato tak perlu la)
-sos ikan (optional)
-sayur (optional) : bunga kobis, carrot, putik jagung, kacang panjang dll
-beberapa ketul ayam dipotong kecil (boleh jugak ganti dgn udang atau sotong atau daging)

Cara-cara.

1. Mula-mula panaskan sedikit minyak. Lepas tu tumis cili kisar sampai garing tau.

2. Then masukkan bahan-bahan bertanda * dan tumis sampai naik bau.

3. Kemudian masukkan ayam dan tambah sedikit air.

20160408 070245 wm255B1255D - Resepi Paprik Ayam Yg Mudah

4. Tunggu sampai ayam tu dah masak blh la mula masukkan sayur. Letak je pape sayur yg ada kat rumah. sebab tu aku cakap resepi ni senang dan mudah. Jangan susahkan diri carik sayur yg takde. Hee.Untuk resepi ni aku letak bunga kobis ngan carrot je.

20160408 071616 wm255B1255D - Resepi Paprik Ayam Yg Mudah

5. Tambah la air sikit kalau nampak macam kering sangat. Aku suka banyak kuah sebab tu aku letak air banyak sikit. Hehe.

6. Lepas tu last skali masukkan segala jenis sos yg dinyatakan tadi. Sos cili, sos tiram, sos tomato sesedap rasa ye.Then, cuba rasa sikit, kalau tawar tambah garam, takkan tu pun nak ajor. Haha.

7. SIAP.

PhotoGrid 1479279257707255B1255D - Resepi Paprik Ayam Yg Mudah

Tips kuah pekat.
Biasanya kalau terlebih air kuah jadi cair kan? tak sedap la kalau kuah cair. Nak tambahkan sos blh habis 1 botol sos tu kalau nak jadikan dia pekat. So, jalan pintasnya adalah korang bancuh tepung jagung dgn sedikit air, then masukkan sebelum tutup api. Kacau-kacau sikit. Lepas tu pekat la dia. Hee. Tapi aku tak suka sangat campur tepung jagung ni. So make sure masukkan air tu seadanya je.

Senang je kan. Sambil kunyah kuaci pun kau blh masak ni. Lepas tu blh la goreng telur dadar utk dipadankan dgn lauk ni. Mkn time panas-panas. Nyam nyam nyam.

Loading...

Tags: #Ayam #Mudah #Paprik #Resepi

author
Author: 
    Download Family and Friends Alphabet Book
    Click the cover page to download Family and Friends Alphabet Book
    Misteri Kematian Artis Cantik Desy Nurhakiki, Overdosis Suntik Putih atau Serangan Jantung?
    slidegossip.com – Belum lama ini publik dikejutkan dgn berita kematian artis cantik Desy
    JUMPA @ Sungei Wang : Tempat Mesti Pergi Dlm Kuala Lumpur
    Assalamualaikum guys.. Siapa tak pernah pergi Sungei Wang Plaza? Weh sini byk sangat
    FG Walet Bird’s Nest Meluaskan Empayar Di Johor Bharu
    Assalamualaikum, Kebaikan sarang burung kepada kulit muka & kesihatan badan memang sudah terkenal

    Leave a reply "Resepi Paprik Ayam Yg Mudah"