RESEPI NASI TOMATO

Loading...

maxresdefault 1 - RESEPI NASI TOMATO

Bahan-bahan:

1 kg. beras biasa bersamaan 5 cawan beras
¼ tin Kimball Tomato Soup – (Tomato Soup tin 425g)
1 ½ sudu besar Kimball Tomato Puree
¼ tin susu cair
3 sudu besar serbuk badam
Air mengikut sukatan beras 1 nisbah 1 (1:1)

Bahan-bahan Tumis:

1 ½ sudu besar minyak sapi
1 batang kayu manis 3”
1 helai daun pandan dikerat 4 inci
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar dihiris
½ sudu besar pes (kisar) bawang putih dan halia
½ sudu besar pes (kisar) bawang besar
½ sudu besar gula pasir
20 gram buah kismis

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:



1. Tekan fungsi `STIR FRY’ dan On. Masukkan minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan kismis. Seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia kisar, bawang kisar dan daun pandan.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau yg harum, masukkan Kimball Tomato Soup, Kimball Tomato Puree, susu cair, serbuk buah badam, dan air yg telah disukat. Masukkan gula dan garam secukupnya. Rasa kemasinan air. Biarkan air mendidih.
4. Apabila air mula mendidih, masukkan beras dan kacau perlahan.
5. Off fungsi STIR FRY. Tutup periuk. Putar tombol ke arah `PRESSURE’. Tekan fungsi `HIGH PRESSURE’ 10x (10 minit) dan On.
6. Selepas tamat masa, putar tombol ke arah `STEAM’ utk keluarkan wap.
7. Selepas habis wap dikeluarkan, buka tudung. Ambil chopstick dan buat beberapa lubang kecil pd nasi. Masukkan beberapa titis pewarna kuning (yellow egg) ke dlm setiap lubang tadi. Kemudian gaul rata.
8. Biarkan dlm status WARM/PRE-HEAT utk nasi senantiasa panas. 

Loading...

Tags: #Nasi #Resepi #TOMATO

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESEPI NASI TOMATO"