Resepi Nasi Ayam Panggang Sedap!!

Loading...

Resepi Nasi Ayam Panggang Sedap!! | Assalamualaikummmm… admin nak share cara buat resepi lengkap nasi ayam. Mudah dan cepat. Jika tiru resepi ni insyaAllah menjadi. Jom lihat resepi di bawah:
resepiBnasiBayamBsedap - Resepi Nasi Ayam Panggang Sedap!!
gambar hiasan
.
 Sumber : ‎Kuali Mama

caraBbuatBnasiBayamB1 - Resepi Nasi Ayam Panggang Sedap!!


Bahan utk Nasi:

4 mug beras basmathi(PUSA)
6 mug air rebusan ayam
2 ketul kiub pati ayam*
3 inci halia*
3 biji bawang putih*
7 helai daun bawang
2 sudu besar minyak bijan
3 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan- di simpul
4 – 5 sudu besar marjerin planta
**Blend @ tumbuk bahan2 yg bertanda ( * )
Caranya:
Mula-mula masukkan majerin dlm periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend dan biar naik bau.

Kemudian masukkan bunga lawang, daun bawang dan daun pandan…

Bila dah layu sikit masukkan minyak bijan.

Kacau-kacau sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam mengikut sukatan beras ye.. biarkan sehingga nasi masak.

Bahan Utk Sos Perapan Ayam Panggang:
1 ekor ayam – kerat 4 dan cuci bersih
7 sudu besar sos marinade ayam lee kum kee
1 sudu besar serbuk chinese five spice mc cormick
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk chicken seasoning mc cormick
5 sudu minyak jagung
Caranya:

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan ke dlm satu mangkuk besar… gaulkan ayam dgn semua bahan perapan..

Sapu rata dan biarkan 1- 2 jam…. selepas ayam diperap.. Susun ayam dlm tray yg sesuai, tinggalkan bahan-bahan sos perapan yg lebih tu… kemudian blhlah bakar ayam dlm oven selama lebih kurang 1 jam 15 min pd suhu 200c..

Baki sos perapan yg masih ada lebih tadi jangan buang ye… Setiap 20 minit keluarkan sekejap ayam dan sapukan ayam dgn lebihan sos perapan tadi, sehingga selesai bakar.. (anggaran dlm 3-4 kali sapu sepanjang proses bakar ayam tu..)

Agak-agak warna ayam dah bertukar coklat gelap dan kulit ayam nampak berminyak berkilat blh diangkat ye..

Bahan Utk Sup:
4 ulas bawang putih – di mayang
3 inci halia – di mayang
2 bungkus sup bunjut
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 keping kecil asam keping
Air rebusan ayam secukupnya
Caranya:
Mula-mula buat air rebusan ayam…(masukkan air,sedikit daun bawang, halia & beberapa ulas bawang putih yg diketuk kasar).. tutup periuk dan masak sehingga didih…

Selepas air mendidih, masukkan ayam…biar ia masak selama 20 minit… selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan…

Panas periuk dgn sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia & sup bunjut sehingga naik bau ye.. Masukkan serbuk lada sulah.
Kemudian masukkan baki air rebusan ayam tadi… kalau air rebusan dah berkurangan blh lah di campur dgn air biasa…masak sehingga didih…perasakan sup. (masukkan 1 kiub pati ayam, garam dan serbuk perasa utk ini)

Bahan Utk Sos Cili:
10/15 biji cili api merah – optional
6 biji cili merah
1 biji tomato- kerat kasar
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi @ limau nipis- perah
1 sudu tomato sos
3 sudu cili sos
sedikit air dr air rebusan ayam

garam dan gula secukupnya

Caranya:

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend sehingga hancur)

Bahan Utk Kicap:
.
– 2 ulas bawang putih
– kicap manis secukupnya
– air rebusan ayam secukupnya
– 1 sudu besar sos tiram
– tepung jagung di campur dgn air secukupnya (untuk pekatkan)
– sedikit gula
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung).. selepas blend isi dlm periuk dan panaskan atas dapur… agak-agak dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya..(untuk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan:
Tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
caraBbuatBnasiBayamB2 - Resepi Nasi Ayam Panggang Sedap!!

caraBbuatBnasiBayamB3 - Resepi Nasi Ayam Panggang Sedap!!

caraBbuatBnasiBayamB4 - Resepi Nasi Ayam Panggang Sedap!!

Selamat mencuba..😍
Jangan lupa share..😘
Loading...

Tags: #Ayam #Nasi #Panggang #Resepi #Sedap

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Comments are closed.