RESEPI NASI ARAB MANDY

DSC01403crop 1 - RESEPI NASI ARAB MANDY

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam. Belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dgn rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron
Cara-cara penyediaan ayam:

Gaulkan ayam dgn semua bahan rempah,garam dan pewarna kuning. 

Nasi

4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan. 
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi.
4 cawan 1/2 air
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa

Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam

1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis. Masukkan beras dan kacau sedikit.
2. Masukkan air serta garam dan kunyit. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. 
3. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PRESSURE 7 minit dan ON. 
4. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. 
5. Buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan.
6. Kacau sedikit nasi biar sebati dan blh lah letak kembali ayam di atas nasi.

Sos

1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau/cili padi
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus)


Loading...

Tags: #Arab #MANDY #Nasi #Resepi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "RESEPI NASI ARAB MANDY"