Resepi Mee Hailam Melayu

hqdefault 1657 - Resepi Mee Hailam Melayu

Dari fb Eny Yusnizar Abdullah

Mee Hailam Melayu.. bukan ala kedai siam tau.. sedap. Dah lama tak makan mee hailam macam ni. Jom tengok resepi.

Bahan-bahan :
2 bungkus mee kuning, dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan.
500gm isi ayam atau daging
5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah jika suka)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar lada putih serbuk (pakai cap Motokar sedap)
Sayur – sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato
Air rebusan tulang ayam atau daging – jika ada lebihan sup ayam atau sup daging, boleh bekukan untuk buat kuah mee ni
1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis
.
Bahan kisar
2 inci halia
1 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih
.
Cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. Ni untuk seal daging supaya nanti daging tak mudah hancur dan masih juicy didalam. Kuah pulak jadi lebih sedap.
.
Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.
.
Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Dah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu. Kemudrian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.
.
Hidangkan bersama mee yang dicelur.

Rating video: /5

Sumber video: Youtube


Loading...

Tags: #Hailam #Melayu #Resepi

author
Author: 
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:
    Tomat Lebay – Nasi Goreng !
    Ini Video Waktu Tomat Lebay masih kecil heheh … Tomat Lebay – Bakwan
    Tutorial memasak TERONG BALADO – Resep memasak Terong Balado
    Cara Membuat: Iris terong ungu masing-masing menjadi 4 bagian kira-kira 10cm, tiap bagian
    Cara Membuat Bihun Kuah – Resep Mudan dan Enak
    Cara Membuat Bihun Kuah – ingin membuat masakan yang stu ini tapi masih

    Leave a reply "Resepi Mee Hailam Melayu"